Sunday, May 2, 2010

Cerita Disebalik Cerita


Disaat aku mengalami kebosanan sekali lagi pada lewat Jam 0400 ni. Ingin rasanya aku kongsikan sesuatu di ruangan ini. Tapi jemari aku dibaluti kemalasan maksima. Jadi ini sahaja yang dapat aku taipkan. Dahulu, ada seorang guru yang menyediakan aku satu artikel dialog ringkas (masa kelas Reading, English Level 6 dulu). Dan aku diminta untuk mentafsir apa yang tersirat disebalik suratan dialog itu.

Sekarang. Aku hasilkan satu lagi dialog yang berkonsepkan seperti dialog yang aku teliti dahulu. Menghasilkan nukilan ini tidaklah memakan masa begitu lama. Kerana ia tidaklah panjang meleret seperti cerpen. Hehe~~

A : Hello.
B : Hello.
A : Ini saya.
B : Saya? siapa?
A : Sayalah.
B : Yalah. Siapa?
A : Siap.
B : Siapa ni? Siap apa?
A : Dia.
B : Siapa?
A : Siapa lagi.
B : Siapa, siapa lagi? Siap apa?
A : Dah habis.
B : Habis apa?
A : Habiskan dia.
B : Dia? Dimana?
A : Disini.
A : Kenapa?
B : Kerana kamu.
B : Saya? Kenapa?
A : Kamu ada.
B : Tidaklah.
A : Ya.
B : Habis?
A : Habislah kamu.
B : Bila?
A : Sekarang!
B : Apa?
A : Belakang.
B : Ha?
A : Haha.
B : …!!!

Sama-samalah anda semua tafsirkan sendiri cerita disebalik dialog yang aku rangka ini. Rasa-rasanya apa cerita yang tersirat disebalik suratan perbualan ini?


p/s : jangan sesekali mengamalkan perbualan terlalu ringkas seperti ini, miscommunication bakal berlaku nanti. Hahahahaha~~

1 comment:

  1. betul tu..one word can be misinterpret..

    ReplyDelete