Saturday, May 1, 2010

Cerpen 2: Perempuan Tua Di Tengah Malam



Ketika kebanyakan insan lain semakin hanyut dibuai mimpi dalam kedinginan malam, seorang hamba Allah masih lagi asyik menyiapkan tugasannya berseorangan di pejabat miliknya. Tekun dan penuh teliti. Bukan dia tidak boleh tangguhkan tugasan itu, tetapi memang sudah keperibadiannya menyimpulkan; menangguh kerja hanya menempah kesusahan di kemudian hari.  
Ketika asyik menjalankan kerja-kerja merekod data dengan penuh teliti, terdengar sayup pintu biliknya diketuk; berulang-ulang minta dibuka. Sejurus lelaki itu tersenyum kerana sudah dapat dia jangkakan siapa gerangan insan disebalik pintu itu.
“Haaa.. kan aku dah cakap, mesti tak balik lagi mamat ni.”
Lelaki yang pertama berkata sambil menepuk bahu rakan di sebelahnya. Lelaki kedua itu membalas dengan senyuman leret seolah-olah baru sahaja tewas dalam pertaruhan kecil. Tanpa melayan gelagat rakan disebelahnya yang sedang tersenyum sinis, lelaki kedua itu mula menegur.

“Assalamualaikum Majdi, ko buat apa lagi kat sini tak balik-balik lagi? Dah lewat pun ni.”
“Waalaikummusalam, hehe. Aku nak siapkan sikit lagi tugasan kat sini. Ada beberapa fail yang perlu aku teliti. Korang berdua ni dari mana? Dari rumah semata-mata nak jemput aku balik ke? Hehe.”
“Kami nak pergi 7-Eleven kejap, masa nak turun ke ground floor tadi terfikir pasal ko. Si Fathi ni pulak beriya-iya cakap ko mesti masih kat sini, tak balik lagi. Betul rupa-rupanya. Haha.”

Majdi tersenyum mendengar jawapan itu sambil meingisyaratkan tangan menjemput dua orang sahabat kesayangannya itu masuk ke pejabatnya. Setelah mereka berdua mengambil tempat duduk tidak jauh dari meja Majdi menjalankan tugasan, sahabatnya yang bernama Fathi itu mencelah.
“Alah Majdi, padahal si Aizzat ni rindukan ko. Dah lama tak nampak ko katanya. Itu pasal aku temankan dia datang ke mari, buat spot check sikit nak pastikan ko dah balik ke belum.”
“Haha, yalah tu. Bukan tengah hari tadi baru saja kita bertiga lunch sama-sama? Takkan dah rindu kot. Haha.”
“Ko jangan layan sangat Fathi ni ha, time-time macam ni mula la dia melalut macam-macam. By the way, dah pukul 2 pagi ni,tak nak balik lagi ke? Takkan tak boleh siapkan esok tugasan tu waktu pejabat?”

Aizzat meningkah sambil menanggalkan kacamatanya lalu digosok perlahan-lahan penuh teliti dengan sehelai kain sedangkan anak matanya merenung kecil memandang gelagat Majdi yang meneruskan tugasannya. Sementara itu, Fathi pula asyik membelek helaian akhbar yang tersedia di atas meja dihadapan mereka penuh minat.
“Boleh je aku siapkan tugasan ni esok, tapi aku rasa diri masih bertenaga untuk teruskan tugasan ni. Lagipun petang esok aku kena bertolak ke PJ, dijemput bagi talk sikit kat UIA.”

“Oh, forum anjuran UIA yang ko cakap hari tu ya? Apa tajuknya? Aku dah lupa pulak.”
Aizzat meneruskan pertanyaan penuh minat sambil matanya sesekali mengerling tajuk-tajuk utama akhbar yang dibelek Fathi disebelahnya sejak tadi.
“Rejuvenasi Sains mengikut perspektif Islam, insyaAllah pukul 8 malam esok forum tu akan bermula. Korang berdua datang tak?”
“Kalau ikutkan hati memang kami nak pergi, tapi esok aku ada kursus 2 hari dekat Seremban, si Aizzat ni pula nak kena kendalikan program Mahasiswa Intelek tu dekat Gombak. Jadi tak dapat la kami join ko malam esok.”
Fathi pula membalas  pertanyaan Majdi itu sedikit mengeluh setelah memberhentikan bacaannya sambil Aizzat disampingnya mengangguk-ngangguk mengiyakan ujaran sahabatnya itu.
“Tak apalah, masing-masing ada agenda sendiri. Yang penting kita sama-sama berusaha menabur bakti semampu mungkin dalam menjalankan amanah Allah sebagai khalifah di muka bumi ini.”

Kedua-dua mereka mengangguk penuh sokongan mendengar ucapan Majdi, seraya itu Fathi bangun dari tempat duduknya menghampiri Majdi yang masih tekun menyelak helain dokumen fail demi fail di meja pejabatnya. Sambil memegang bahu Majdi dari belakang, Fathi menambah.

“Sebenarnya aku dan Aizzat tengah siapkan proposal yang Tuan Nor Azhar mintak hari tu. Alhamdulillah dah hampir siap pun benda tu. Tapi kami bercadang nak bermalam disini saja malam ni. Maklumlah, hari pun dah larut malam. Ko macam mana?”

Majdi memberhentikan tugasannya sambil menoleh kebelakang.
“Hmm.. Aku kena balik juga malam ni, pagi-pagi esok aku ada meeting dengan pihak bank. Tapi ada beberapa dokumen penting aku tinggalkan kat umah. Jadi nak tak nak, aku kena balik juga malam ni.”

“Ooo. Tak mengapalah kalau macam tu, tapi dah pukul 2.30 ni, pukul berapa lagi ko nak balik? Boleh ke ko bawak kereta malam-malam macam ni?”
Fathi menyambung pertanyaannya sedangkan Aizzat ketika itu sudah mula tertidur keletihan di sofa yang dia duduki sejak tadi. Memang anak muda itu terlalu kepenatan seharian menjalankan tugasan hariannya di pejabat dengan penuh tekun dan dedikasi.
“Tak apa, bukan tak biasa memandu waktu-waktu macam ni. Lagipun sikit je lagi nak siapkan ni. Kejap je lagi. Oh ya, kat atas meja kat sana tu ada air teh yang aku bancuh tadi, banyak lagi. Jemput la minum, ajak si Aizzat tu sekali.”

Majdi membalas panjang lebar sambil jari telunjuknya lurus mengarah ke arah meja yang dimaksudkan. Fathi mengangguk lalu menuju kea rah meja itu dan perlahan-lahan menuangkan teh ke dalam tiga cawan yang bertenggek tidak jauh dari situ.
“Hehe. Nasib baik kitorang singgah kat sini dulu sebelum pergi 7 Eleven tadi. Hehe. Jimat-jimat. Aik? Dah tertidur dah si Aizzat ni ha. Penat-penat aku tuangkan teh ni. Nak kene siram dengan teh agaknya budak ni.”
Fathi mengomel seorang diri sambil menatang dua cawan di kiri dan kanan tangannya setelah terlebih dahulu meghulurkan cawan pertama kepada Majdi di meja tugasannya.
                                             *************************************
Waktu sudah merangkak menghampiri angka 3.30 pagi, Majdi bangkit dari tempat duduknya sambil menggeliat kecil mengucapkan kalimah Alhamdulillah setelah selesai tugasannya. Menyedari gerak-geri Majdi yang mula menyarungkan jaket dan mengenakan kopiah hitam bulat di kepalanya, Fathi yang masih asyik membaca akhbar bersama-sama secawan teh mula menegur.

“Ko dah nak balik ke? Betul? Dah lewat sangat ni.”
“A’ah. Dah pukul berapa ni, bermalam kat sini je lah”
Aizzat yang masih mamai terkejut daripada tidur akibat bunyi gesekan kerusi pada lantai pejabat itu menyahut sambil melihat pergelangan tangannya walaupun dia tidak mengenakan sebarang jam tangan.
“Tak apa, bukannya jauh pun. Okey la, aku minta diri dulu. Kalau korang nak keluar ke masjid subuh nanti, jangan lupa kunci pintu pejabat ni. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam, baiklah. Ko jangan bimbang. Baik-baik jalan tu”
Majdi mengangguk tersenyum sambil bersalaman dengan dua sahabatnya itu.
                                             *************************************
Perlahan-lahan Majdi menghampiri Corolla Altis miliknya yang dia beli sejurus selepas bergraduasi dari alam universitinya. Selepas membaca doa menaiki kenderaan dan enjin dihidupkan, perlahan-lahan kereta itu berlalu meninggalkan kawasan tempat meletakkan kenderaan menuju ke laluan jalanraya.
Ketika berhenti di sebuah hentian lampu isyarat, Majdi mengambil peluang itu mencari-cari kaset bacaan ayat-ayat suci Al-Quran alunan Sheikh Abdulrahman As Sudais lalu diputarkan dijadikan halwa telinga baginya sambil mengingati kebesaran Allah swt. Sejurus perjalananya bersambung, kaset itu mula mengalunkan bacaan daripada Surah Ar Rahman alunan Tuan Sheikh itu yang menambat hati sesiapa yang mendengarnya apatah lagi apabila ayat “fabiayyi aala i robbi kumaa tukazzibaan” di ulang-ulang penuh penghayatan dalm tangisan takut padaNya.
Kereta itu meluncur laju memebelah hening malam menyusuri laluan paling sunyi dalam perjalanan itu. Ketika asyik memperdengarkan sambil sama-sama membacakan ayat-ayat suci itu, Majdi terpandang kelibat seorang ibu tua tidak berapa jauh dihadapannya.
Sambil memperlahankan kereta dan juga volume radio keretanya. Majdi memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan perempuan tua itu.Setelah menurunkan cermin tingkapnya, Majdi menegur perempuan itu penuh sopan.
“Assalamualaikum makcik, nak ke mana ni pagi-pagi macam ni?”
Tanpa menjawab salam daripada Majdi, perempuan itu berhenti melangkah dan menjawab.
“Tak kemana-mana nak, makcik sedang menuju rumah makcik. Tak jauh dari sini.”
Mendengar suara lemah ibu tua itu, hatinya tiba-tiba tersentuh. Tidak sampai hati rasanya meninggalkan ibu tua itu keseorangan membawa diri dalam cuaca malam yang dingin menyucuk-nyucuk. Tanpa berfikir panjang, Majdi lantas menawarkan dirinya untuk menumpangkan perempuan itu bersama-sama menaiki keretanya.
Tanpa banyak bicara, perempuan tua itu tidak menghampakan niat murni Majdi dan menyambut baik pelawaan anak muda itu. Setelah mengucapkan terima kasih dengan nada yang penuh kelemahan. Perempuan tua itu hanya diam membisu, malah tidak bergerak sedikitpun. Untuk mengelakkan rasa canggung dan kurang selesa perempuan itu, Majdi mula membuka bicara.
“Siapa nama makcik? Dari mana malam-malam macam ni? Kat mana rumah makcik tu?”
Bertalu-talu soalan diajukan oleh Majdi setelah sebelum itu dia memperkenalkan dirinya terlebih dahulu penuh ramah. Namun perempuan itu masih membisu kaku melainkan jari telunjuknya diangkat menunjuk ke suatu arah sambil menjawab pendek.
“Disana nak. Tak jauh”
Majdi mula kehairanan kerana setahunya dihujung jalan itu tidak ada penempatan.
Hanyalah…
Majdi masih tenang, dia tidak mahu fikirannya diserabutkan dengan tekaan yang bukan-bukan. Walaupun perkara yang bukan-bukan mula menjengah benak akalnya. Memang benar sebentar lagi dia akan melalui kawasan tanah perkuburan dihujung jalan itu. Tapi mungkin selepas kawasan itu ada penempatan agaknya. Dia pun kurang pasti. Yang pasti dia terus tenang, jarinya mula menekan-nekan punat radio keretanya meminta bacaan indah ayat-ayat suci terus didengarkan, tetapi kebetulan pula radionya itu enggan berfungsi. Dia mula menyesali kengganannya membaiki radio itu seperti yang direncana rakannya dahulu.
“Aih.. Buat hal pula radio ni.” Dengus hati kecilnya.
Tidak berapa lama selepas itu, psesuatu yang aneh mula berlaku. Tiba-tiba bau busuk diringi bisikan halus menyeramkan mengusik cuping telinganya muncul entah dari mana. Majdi menjeling wanita tua disebelahnya. Aneh. Wanita itu seakan tersenyum sambil tangannya bergerak lemah seakan meminta sesuatu. Sementara itu,bau busuk itu semakin menular hingga menyebabkan Majdi terpaksa menahan nafasnya. Panduan keretanya juga semakin perlahan. Peluh mula membasahi pipinya. Namun keimanan di hati tetap dia pertahankan.
“A’uzu bikalimatillah hittaammah min ghodabihi wa I’qaabihi wa syarri I’baadihi wa min hamazaati syayatiini wa inyahduruun”
Bibirnya berulang membaca ayat-ayat seperti yang di ajar guru talaqi’nya. Ayat itu diulang-ulang memujuk hatinya menjauhi rasa gusar dan takut mainan syaitan. Majdi meneruskan panduannya. Di kala bau busuk tadi tiba-tiba sahaja menghilang ketika kereta itu beberapa hasta lagi bakal melalui kawasan perkuburan yang dia bayangkan sebentar tadi.
Setelah dia begitu pasti bau itu sudah hilang, Majdi memberanikan diri menegur perempuan tua itu yang masih kaku tanpa memperlihatkan sedikitpun wajahnya.
“Er, makcik. Maaf saya bertanya, makcik perasan tak masa kita lalu jalan kat belakang tu ada bau yang agak busuk?’
Perempuan tua itu memalingkan mukanya merenung tepat kearah Majdi. MasyaAllah. Jantungnya seakan-akan ingin berhenti berdegup. Perempuan itu tersengih dengan tawa penuh misteri menampakkan wajahnya seraya berbisik halus.
“Maaf nak, makcik terkentut tadi.”
Majdi tertunduk dan pasrah.
-tamat-

5 comments:

  1. salam..penulis yg berbakat, teruskan usaha !
    p/s ; cm kenal je watak2 dalam cerita ni

    ReplyDelete
  2. hahaha....br nk feel...terbantut...

    ReplyDelete
  3. terbantut?? terkentut la... bace tol2.. haha

    ReplyDelete
  4. ok, cool, another mrc fanfiction.

    Keep it up.
    ^-^

    ReplyDelete
  5. pas ni sape lak jd mangsa nong??

    ReplyDelete