Wednesday, July 20, 2011

Memori Tautan Mahabbah 2011

credit to Murthada Rafaai @ PM TABAH '11

di desa nan permai Felda Selancar
riang mentari terang memancar
dalam kenangan kemas terlakar
bunga muhibbah berkuntum mekar

niat murni memintal ukhuwwah
dalam simfoni Tautan Mahabbah
bersama kami mengukir sejarah
arca memori mengharap barakah

kepada mereka ayah dan ibu
begitu berharga nilai kasihmu
selagi jasad dan nyawa bersatu
budi dan jasa dikenang selalu

semanis durian menjadi santapan
seperti berpesta dalam keramaian
tidak tertanding manisnya iman
nikmat tertinggi kurniaan tuhan
 
kasih ilahi tiada noktahnya
kasih ibubapa bahtera ke syurga
hubungan denganNya paling utama
hubungan manusia jangan dilupa

ingatlah kawan ingatlah teman
pesanan nabi zaman berzaman
silaturrahim terjalin mesra
jangan sesekali dibiarkan binasa


-farhan martnong-

Kami Sayang Felda Selancar dan rakyatnya. ya-Ha!!!

TAUTAN MAHABBAH MRC 2011

"Sharing Knowledge, Fostering Ukhuwwah"



Wednesday, July 6, 2011

10 Detik Dramatik Bolasepak.

1.    

1) Manchester United lwn Bayern Munich
    Final Liga Juara-Juara Eropah 1999

   “Kebangkitan Dua Minit”

Manchester United ketinggalan dengan jaringan awal Mario Besler menerusi sepakan percuma. Empat minit masa tambahan diberikan pembantu pengadil. Teddy Sheringham menyalakan kembali cabaran Red Devils melalui jaringan berpunca daripada sepakan sudut minit ke 91. Ketika perlawanan diramalkan akan diheret ke masa tambahan 30 minit, keajaiban berlaku. Sekali lagi menerusi sepakan sudut David Beckham, bola melencong ditanduk sipi Sheringham sebelum singgah ke kaki Ole Gunnar Solksjaer menghadiahkan gol kemenangan Manchester United pada minit ke 93. Kedua-dua gol minit-minit akhir tersebut begitu mengecewakan seluruh pasukan Bayern Munich. Sehinggakan mereka tidak mampu bangun untuk memulakan kembali permainan setelah Solksjaer mengubah kedudukan menjadi 2-1. Setelah 90 minit Bayern di depan, Manchester United meraikan kejayaan empat minit terakhir untuk bergelar Juara Eropah buat kali pertama.

Jaringan kemenangan United oleh Ole Gunnar Solksjaer.

2.      2) Liverpool lwn West Ham United
  Final Piala FA Inggeris 2006

  “Perlawanan Akhir Gerrard”

Diibaratkan sebagai perlawanan akhir Piala FA Inggeris terbaik dalam sejarah. Liverpool ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Dean Ashton dan gol sendiri Jamie Carragher. Namun jaringan Djibril Cisse dan Steven Gerrard berjaya mengikat kembali kedudukan menjadi 2-2. Paul Konchesky menerusi rembatan half-volley menarik menewaskan Jose Reina meletakkan West Ham di ambang kejuaraan. Perlawanan memasuki masa kecederaan di mana barisan Liverpool sudah tidak mempunyai masa yang cukup untuk melancarkan serangan. Dengan perlawanan berbaki beberapa saat, Steven Gerrard  terpaksa melakukan rembatan kencang dari jarak 37 ela ke pintu gol West Ham untuk mencari gol sekaligus berjaya mengikat kembali kedudukan pada minit ke91. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 3-3 namun gol saat-saat akhir Gerrard membunuh semangat melawan West Ham sehingga mereka tewas pada penentuan penalti 2-3. 

Rembatan deras Steven Gerrard di minit akhir perlawanan.
     
           3) England lwn Greece
    Kelayakan Piala Dunia 2002
 
        “Sepakan Percuma Penyelamat”

Sebelum perlawanan terakahir kumpulan bermula, di atas kertas; England perlu sekurang-kurangnya seri menentang Greece pada perlawanan terakhir. Kekalahan hanya akan membuka laluan kepada Jerman, Ukraine atau Greece mencuri tempat ke Piala Dunia sementara harapan mereka bakal terkubur. Perlawanan memasuki masa tambahan dengan kedudukan England ketinggalan 1-2. England dihadiahkan sepakan percuma lewat permainan minit 93 dan dianggap peluang terakhir mereka. David Beckham ditugaskan mengambil sepakan dalam keadaan beberapa pemain England sudah pun terduduk untuk menerima kekalahan. Kejayaan penjaga gol Greece; Antonis Nikopolidis menyelamatkan kesemua set-piece yang dimiliki England sebelum itu menjadikan hasrat  mereka untuk mengikat kedudukan semakin pudar. Beckham mengambil sedikit masa biarpun perlawanan memasuki minit akhir masa kecederaan sebelum melepaskan sepakan melencong yang dinamakan “Magnus Response kick” menewaskan Nikopolidis. Perlawanan berakhir 2-2 sudah cukup menempah tiket England ke Piala Dunia dengan Beckham dijulang sebagai wira.

Sepakan lencong David Beckham melepasi benteng Greece.

4.     4) Chelsea lwn Barcelona
   Semi-Final Liga Juara-Juara Eropah 2009

   “Gol Lewat Tempat Lawan”

Pada perlawanan pertama di Nou Camp, mereka menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 0-0. Chelsea mengharapkan kemenangan ke atas Barca di laman sendiri pada perlawanan timbal balik kedua dengan harapan yang tinggi. Harapan melayakkan diri ke final untuk memburu kejuaraan pertama semakin menjadi nyata untuk Chelsea apabila jaringan tunggal Micheal Essien kekal meletakkan Chelsea di depan hingga ke masa kecederaan. Ketika perlawanan berbaki beberapa saat dengan Barca yang bermain 10 orang setelah Eric Abidal dilayangkan kad merah kontroversi, Andres Iniesta menyepikan Stamford Bridge dengan rembatan kencang ke penjuru kanan gol Chelsea untuk mengikat kedudukan. Kedudukan 1-1 meranapkan harapan Chelsea dengan Barcelona berkelebihan menerusi peraturan jaringan di tempat lawan untuk layak ke perlawanan akhir.
5.    
Rembatan Andres Iniesta ke penjuru kanan gol Chelsea.

     5) Terengganu lwn Kelantan
     Final Piala FA 2011

    “Mati Hidup Semula”

Pertemuan Terengganu dan Kelantan di temasya perlawanan akhir julung-julung kalinya berlaku sejak 90 tahun kejohanan bolasepak diperkenalkan di Tanah Melayu pada 1920. Kedudukan 0-0 kekal hingga minit ke 78 sebelum hantaran pantas Shakir Ali bijak disempurnakan Nurul Azwan Roya menerusi bola lambungan melepasi Sharbinee Allawee. Masa kecederaan 7 minit diberikan pengadil ekoran perlawanan yang terhenti seketika di awal babak kedua. Ketika Kelantan diambang kejuaraan, serangan terakhir Terengganu lima saat sebelum perlawanan berakhir mengubah cerita perlawanan itu. Hantaran Ashari Syamsuddin disebelah kanan padang disambut Manaf Mamat yang melakukan larian solo sebelum melepaskan rembatan deras. Sepakan itu berjaya diselamatkan Khairul Fahmi, namun bola melantun menuju tepat ke kepala Daudsu Jamaluddin yang tidak mampu berbuat apa-apa meletakkan bola ke gawang sendiri. Seperti mati hidup semula, gol sendiri itu begitu bermakna buat Terengganu yang akhirnya mendominasi keseluruhan 30 minit masa tambahan. Terengganu muncul juara 2-1 menerusi jaringan masa tambahan minit 108 Nordin Alias berpunca daripada sepakan penjuru.

Nordin Alias meraikan kejayaan menjaringkan gol.

6.   6) England lwn Perancis
    Peringkat Kumpulan EURO 2004


    "Hadiah Masa Kecedaran Zidane"
 
Menemukan dua jaguh dunia dengan barisan pemain ternama, perlawanan dilihat seimbang. England dan Perancis dipisahkan dengan jaringan tunggal Frank Lampard pada awal aksi babak pertama. England berpeluang menggandakan pendahuluan apabila dikurniakan sepakan penalti setelah Wqayne Rooney dikasari. Namun Fabien Barthez menjadi satu-satunya manusia di planet ini berjaya menyelamatkan sepakan penalti David Beckham. Perlawanan bakal berakhir dengan keputusan 1-0 sebelum ia sama sekali berubah. Menerusi dua hadiah bola mati; penalti dan sepakan percuma lewat permainan, Zinedine Zidane membuktikan ketajaman sepakannya dengan menyempurnakan kedua-dua peluang tersebut. Jaringan minit 90 dan 92 itu memberikan tiga mata berharga buat skuad Les Blues.

Zidane menyempurnakan sepakan percuma.

7) Itali lwn Perancis
    Final EURO 2000


    "Kejayaan Gol Emas"

Perancis yang masih segar dengan kejuaraan dunia 1998 bertemu Itali pada perlawanan akhir. Final tunggal yang ditentukan menerusi sistem Golden-Goal (sistem ini telah dimansuhkan) dalam sejarah EURO. Marco Delvechio meletakkan Itali di depan pada minit ke 55 sehingga ke masa kecederaan. Sylvain Wiltord yang masuk sebagai pemain gantian mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol lewat pada minit 94 untuk memberi peluang kedua bagi Les Blues. Perlawanan diheret ke masa tambahan sudden-death. Seorang lagi pemain gantian, David Trezeguet menamatkan perlawanan serta merta apabila menyambut hantaran Robert Pires sebelum merembat deras melepasi Francesco Toldo. Perancis akhirnya muncul juara dengan jaringan emas Trezeguet.

Trezeguet dengan half-volley bergaya.

8.    8) Tottenham United lwn Manchester City
    Pusingan ke-4 Piala FA Inggeris 2004

   “Keajaiban Empat Gol”

Manchester City ketinggalan 0-3 seawal babak pertama berdepan Spurs. Prestasi buruk Nicolas Anelka dan insiden kad merah Joey Barton sebelum tamat babak pertama memburukkan lagi keadaan. Sylvain Distin membangkitkan semangat melawan City dengan jaringan minit 48 diikuti jaringan sendiri Anthony Gardner minit 61 merapatkan jurang menjadi 2-3. Ketika permainan berbaki 10 minit, Wright-Phillips mengikat kembali kedudukan 3-3 dengan menewaskan Kessey Keller di pintu gol. Ketika perlawanan bakal berlanjutan ke masa tambahan, Kessey Keller dan seluruh kem Spurs dikejutkan dengan jaringan minit ke 90 City menerusi rembatan John Macken. Perlawanan tamat dengan keputusan 4-3 dengan skrip menakjubkan dilakar pemain-pemain Manchester City yang terlebih dahulu ketinggalan tiga gol. Separuh masa kedua nyata menjadi milik mereka. 

Serangan minit akhir dilancarkan Manchester City.
            
     9) Liverpool lwn AC Milan
     Final Liga Juara-Juara Eropah 2005

    “Kegilaan Enam Minit”

Skrip yang agak sama. AC Milan turun sebagai pasukan pilihan dan membuktikan mengapa mereka dilabel seperti itu. Seawal minit ketiga mereka di depan menerusi volley menarik kapten Paolo Maldini. Keseluruhan babak pertama didominasi sepenuhnya AC Milan yang ditamatkan dengan kedudukan 3-0 menerusi dua lagi jaringan Hernan Crespo. Babak kedua menghadirkan skrip yang berbeza. Kemasukan ‘The Kazier’ Didi Hamann buat Liverpool mengubah tempo permainan. Kapten pasukan Steven Gerrard membakar semangat melawan The Reds menerusi tandukan cantik untuk gol pertama mereka pada minit ke 60. Hanya enam minit kemudian, kedudukan terikat menjadi 3-3. Rembatan melencong Vladimir Smicer minit ke 64 dan sepakan penalti Xabi Alonso minit ke 66 menyempurnakan Misi Mustahil mereka berdepan jaguh Eropah itu. perlawanan kekal terikat 3-3 dan diheret ke penentuan penalti yang dimenangi Liverpool dengan keputusan 3-2.
Gol pertama tandukan Gerarrd untuk kebangkitan The Kop.

      10) Portugal lwn Korea Utara
     Quarter-Final Piala Dunia 1966
          
     "Amukan Eusebio"

Sememangnya Korea Utara mengejutkan dunia pada kejohanan itu. Hadir sebagai pasukan kerdil Asia, mereka mengejutkan pasukan Itali pada peringkat kumpulan untuk mara ke suku akhir. Ini sekaligus menjadikan Korea Utara sebagai pasukan pertama dari Asia yang berjaya mara ke suku akhir Piala Dunia. Pada suku akhir, Korea Utara bertemu dengan Portugal. Mereka berjaya mendahului Portugal dengan 3-0 menerusi jaringan Seung-Zin Pak, Dong-Woon Lee dan Seung-Kook Yang.  Permata hitam Portugal, Eusebio mengubah senario perlawanan.  Eusebio menyumbangkan empat gol berturut-turut dengan dua daripadanya menerusi sepakan penalti menewaskan Chang-Myung Lee. Tidak cukup dengan empat gol Eusebio untuk kedudukan 4-3, Jose Augusto menamatkan perlawanan dengan kedudukan 5-3 menerusi jaringan lewat permainan.

Jaringan keempat Eusebio melenyapkan penguasaan Korea.


p/s: inilah drama dalam bolasepak

Wednesday, May 18, 2011

Tahniah!

Tahniah diucapkan!
Khabar ini menggembirakan.
Semoga masa hadapanmu kian bersinaran.

Dia umpama kain putih.
Menanti ukiran percikan kasih.

Bimbinglah dia dijalan agama.
Semoga dia menjadi insan berguna.
Kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga kau sekeluarga berbahagia sentiasa. 
Dan kelahirannya mengetatkan pateri cintamu pada yang Esa..

:-)




Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Khas buat ibuku; Che Zeimah bt Ali.

Zahir ungkapan bibirku tak bisa merumus simpulan kasih
Limpah budimu kau curahkan ikhlas tak pernah merintih
Luhur pekertimu umpama pepasir di pantai memutih
Semoga dirimu di dalam rahmat Yang Maha Pengasih.

Engkaulah ibuku dan kau jugalah guruku
Bait nasihatmu setia menemani hari-hariku
Memimpin diriku menyusur jalan penuh berliku
Menagih rahmat mengharap redha Yang Maha Satu.

Indahnya saujana pagi dibelai percikan mentari
Indah senyumanmu bersinar menggembirakan hati
Seperti mentari yang tak pernah jemu menyinari bumi
Begitulah kasihmu menyinari hidupku tak pernah mati.

Maaf kupohon segala khilaf cela diriku
Andai perilaku diriku menggores hatimu
Redha kutagih daripadaNya dan juga dirimu
Agar diriku tidak terbabas dibuai nafsu.

Angin bayu bertiup nyaman tenang dan mendinginkan
Meniup udara rangkuman cinta tak berkesudahan
Begitulah nyamannya kasih suci engkau hembuskan
Membelai dirkui dari helah dunia yang mempesonakan.

Hari-hari kulalui terlalu bermakna berkat bimbinganmu
Semoga dirimu dirahmati Allah sebgaimana kau mengasihiku

Ya Allah limpahkan rahmatmu ke atas kedua ibubapaku
Sebagaimana kasih mereka yang sentiasa menyelimutiku.

                              
                          Z.E.I.M.A.H



Ummi, Selamat hari Ibu. :-)

Farhan Martnong,
Mei 8, 2011.

Wednesday, April 27, 2011

Penangan Si Batik.


Pagi mula mencerah menerangi segenap penjuru kampung halamanku. Dedaun pepohon kelapa melambai dek tiupan bayu pantai yang mengarak beburung yang berterbangan. Berkicauan memainkan melodi tenang menemani penduduk desa nan permai. Cukup menenangkan diriku yang sedang menikmati cuti akhir semester tanpa sebarang tekanan. Bahang peperiksaan akhir semester telah berlalu. Empat belas hari yang memenatkan minda. Sekarang aku punya empat belas hari lagi untuk merehatkan minda.
Pagi itu seperti lain-lain harinya, pertama kali aku jejakkan langkah apabila cerah tanah sudah pasti destinasi pertamaku ke arah reban ayam yang terletak lebih kurang dua puluh meter dari rumah. Sambil menatang bekas tupperware yang sarat dipenuhi makanan mereka berupa jejagung beku.
Nyenyakkah tidur mereka malam tadi?
Enam ekor kesemuanya. Seekor ayam jantan yang beristerikan empat ekor ayam betina (hidup bermadu tidak sukar bagi mereka berkongsi kasih, tetapi dalam hati siapa yang tahu?). Pasangan ini dihiasi dengan kehadiran cahayamata seekor ayam betina yang masih kurus. Melihat si anak ayam itu hati aku sebak mengenangkan tiga ekor adik beradiknya yang sudah mati beberapa bulan lalu atas beberapa alasan, yang pasti ia bukan kerana keganasan rumahtangga.
Hidup mereka harmoni.
Biarpun kadang-kadang mereka berebut makanan. Dah nama pun haiwan kan?  Takkan nak berebut mp3 (entri ini dikarang ketika aku sedang mendengar mp3....bateri tinggal satu bar).
Tapi pagi itu...
Sesuatu yang kurang beres dapat aku rasakan. Biasanya kehadiran aku disambut dengan kokokan nyaring si jantan. Kokokan yang kekadang menyebabkan tanganku ini ringan sahaja rasanya nak capai pisau untuk melakukan upacara penyembelihan serta merta jika ia dilaungkan tidak kena pada masa dan tempatnya. Sabor je lah. Kalau aku lakukan hal itu sekarang, nanti raya nak makan ape? Gulai monyet? Haram.
Pagi itu, kokokan itu tiada kedengaran seperti kebiasaannya. Takkan si jantan sakit tekak kot? Kalau ya, hidangan jejagung pagi itu akan aku tukarkan kepada strepsils. Tapi tengok bajet abah aku jugalah kot nak bagi benda tu sebagai hidangan.
Hampir tiba di depan pintu reban. Aku mendengar bunyi bingit dari dalam reban. Mustahil mereka mengadakan pesta. Tiada apa untuk diraikan. Pun begitu, masakan aku tidak dijemput?
Aku memang tidak kisah kalau mereka mahu adakan parti liar asalkan tiada hidangan minuman keras dan hiburan yang melalaikan. Walaupun diorang (aku tau mereka binatang tapi biarlah aku gunakan kata ganti nama diorang) tidak solat lima waktu apa lagi berpuasa di bulan ramadhan, tapi aku tahu sikap diorang sudah cukup bermoral dalam kategori haiwan: ayam.
Sesekali diorang berak merata nak buat macam mana. Biasalah tu. Kalau diorang request tandas peribadi nanti tak ke effect bajet ekonomi tuan rumah? Hmm. Ini menarik.
Ya-Ha!!!
Perlahan-lahan aku selak pintu reban dengan berhati-hati. Memandangkan  adikku pula baru sahaja pulang daripada perkhemahan tempoh hari, maka sempatlah aku kebas lampu suluhnya yang agak menarik pada penilaianku. Hari masih kelam jadi lampu suluh itu berguna. Aku tersenyum memandang mereka yang masih tidak berhenti berkokok seolah-olah memprotes diriku yang cuba menggangu parti mereka. Yalah, aku tidak dijemput pun.
Satu.
Dua.
Tiga.
Empat.
Kemana yang kelima dan enam?
Bilangan mereka tidak cukup. Aku sudah kira dengan cermat. Masih terngiang-ngiang ajaran cikgu matematik darjah satuku dahulu tentang cara mengira dengan betul. Ya. Aku tidak silap kali ini. Memang aku pernah gagal ujian matematik. Tapi ketika darjah satu. Aku cemerlang.
Hanya empat.
Aku suluh satu persatu. Ke segenap penjuru reban yang berbentuk segi empat sama. Si anak dan si jantan tiada.  Tidak mungkin mereka lari dari rumah. Sesungguhnya kasih kami terhadap mereka tidak berbelah bagi. Mana mungkin mereka melarikan diri. Adakah si jantan bermain kayu tiga?
Tak mungkin. Isteri dah empat. Takkan tak cukup.
Si anak pula dimana? Dia tidak tinggal di asrama yang jauh daripada keluarga. Sekolah pun tidak, ini kan pula hendak berasrama bagai. Berasmara? Mungkin. Tapi apabila dia dewasa nanti (pembaca bawah 18 tahun perlu bimbingan orang dewasa).
Aku mula merasa sesuatu yang tak suka dirasakan. Perasaan kurang senang menyelubungi minda.
Dan segala misteri itu terjawab serta merta. Misteri kehilangan si jantan dan si anak.
Di sudut reban berhadapan denganku. Kira-kira setengah meter sahaja dari kakiku, berlingkar seekor ular sawa yang besar dan panjang. Sedang beristirehat kekenyangan. Jika aku selangkah ke hadapan pasti aku terpijak dirinya.
Aku undur ke belakang selangkah dan aku lalukan limpahan cahaya lampu suluh ke arahnya. Ya, benar. Si Batik sedang berlingkar kekenyangan.
Aku tahu si Batik yang kekenyangan seperti itu tidak akan berganjak dari tempatnya walaupun menyedari kehadiran manusia. Dasar pemalas (si Batik, maaf bahasaku agak keras terhadapmu). Dua daripada empat ayam yang lain sudah keluar dari reban penuh ketakutan. Aku yakin mereka takut. Tak perlu ditanya secara verbal lagi, memang jelas mereka ketakutan.
Aku simpan lampu suluh didalam poket dengan cermat. Keadaan yang kelam menyebabkan pandangan ayam-ayam itu masih rabun. Jika mereka mengenakan kacamata atau contact lense sekalipun aku pasti pandangan mereka tetap kabur. Aku capai kedua-dua ekor ayam itu dengan penuh kasih sayang (sebenarnya secara agresif) dan membawa mereka keluar dari reban. Setelah itu pintu reban itu ditutup rapat. Tinggalah si Batik seorang seekor diri di dalamnya. Sekelip mata sahaja, reban ayam bertukar menjadi reban ular. 
Abah dan umi masih di rumah sedang mempersiap diri untuk ke tempat kerja masing-masing. Bagaimana ingin kusampaikan berita ini? Abah mungkin rilek-rilek sahaja. Tapi umi sudah pasti akan kaget seperit terkena kejutan elektrik. Kalau jumpa telur ayam tak mengapa, ini jumpa ular sawa dan ianya berbahaya.
Berita itu tetap kusampaikan. Isu ini bukan bersifat peribadi untuk dirahsiakan.
Seperti kujangkakan, umi mulai kaget bertanyakan keadaan aku. Aku hanya tertunduk dan menjawab ringkas.
 “Along selamat tetapi ayam-ayam lain yang tinggal sudah berstatus janda.”
Biasanya umi ketawa dengan kata-kata aku. Tetapi pagi itu rasa gerun melampaui rasa geli hati.
Adik-adikku pula yang ketawa diiringi dengan amaran kerasku kerana mereka seolah-olah berlengah untuk kesekolah.
Abah dengan bergayanya mencapai telefon bimbit (baru topup agaknya) mendail 999 dan bercakap dengan slang KL untuk melaporkan hal itu kepada pihak berwajib. Adik-adikku ketawa mendengar abah bertutur seperti itu. Aku hanya diam sahaja. Nanti giliran aku bercakap dengan rakan-rakanku dari pantai barat, abah pula yang ketawakan aku.  
 Setelah beberapa ketika. Laporan itu dibawa terus ke pejabat JPA terdekat di Marang. Adik-adikku dengan berat hati dan berat beg pergi ke sekolah hampa kerana tidak dapat menyaksikan penangkapan si Batik secara life.
Dalam masa kurang setengah jam. Pihak JPA dengan bergaya menaiki van tertera RESQUE 999 tiba. Nombor 9 yang terakhir jelas nampak ditampal-tampal kerana sebelum ini mereka dikenali sebagai RESQUE 991.
Ah, persetankan hal nombor 9 itu. Ular sawa ini yang mahu kita tangkap!
Tiga orang brader keluar dari van itu. Aku pasti mereka semua sudah mandi kerana yang seorang itu wangi mengalahkan anak dara pingitan (bagi pembaca lelaki, jangan baca ayat ini dengan nada gay). Setelah beramah mesra dengan mereka sejenak (takkan nak terus diorang tangkap ular tu kan? Kurang adab namanya) mereka pun berjalan ke arah reban sambil di usher oleh aku dan abah. Umi di atas rumah mungkin sedang menggeletar kegelian.
Aku keluarkan henset N70 ku, bukan untuk menelefon sanak saudara bertanyakan khabar mahupun untuk mendengar lagu-lagu menarik tetapi untuk menangkap gambar situasi menarik ini. Hmm. Ini menarik. 
Ya-Ha!!!
Mereka benar-benar terlatih. Dibantu dengan keadaan ular sawa itu yang memang malas bergerak. Dia seolah merelakan dirinya ditangkap. Mungkin ular itu itu tahu yang menangkapnya adalah pihak JPA. Organisasi yang tidak akan menjual dirinya kepada si cina yang menggemari daging ular sawa yang dikatakan lazat. Bagiku rasa dodol jauh lebih  sedap.
Panjang ular tersebut kira-kira tiga meter dan beratnya sekitar sembilan atau sepuluh kilogram. Empat kilogram adalah milik ayam yang dia makan. I guess.
Ular sawa itu diikat kemas didalam guni dan akan dibawa pulang ke ibu pejabat. Menurut salah seorang brader JPA tersebut. Ular sawa itu akan di bawa dan di simpan dalam satu sangkar sehingga jumlah mereka tidak tertanggung banyak, barulah ia akan dilepaskan ke kawasan hutan. Biasanya di Kenyir, Hulu terengganu; kawasan yang tidak diterokai manusia (jangan pula korang takut nak pegi Tasik Kenyir lepas ni. Tasik Kenyir kekal indah selagi Allah mengizinkannya).
van ini bernama RESQUE 999.

slot ziarah: brader2 JPA mengadakan sesi suaikenal dgn si Batik.
mereka seolah2 b'main buaian bersama ular ini. sungguh mengharukan.
mereka  dengan susah payahnya memasukkan si Batik ke dlm guni.
sungguh istimewa. perlu tiga org utk mengikatnya.


ini bukan bungkusan berisi buah rambutan.
selamat tinggal si Batik. tenanglah hidupmu di hutan sana.
alatan yg digunakan utk menangkap si Batik. hmm. ini menarik. ya-ha!

Perut si Batik besar membulat. Ingin sahaja aku tarah perutnya untuk mengeluarkan jasad ayam-ayam aku agar dapat aku semadikan mereka sebaiknya. Bukan perlu dikapan atau dibacakan talkin pun.  Tapi kalau aku tarah perutnya pada masa itu, alamatnya kepala aku pulak yang kena tarah dengan abah kerana aku berkelakuan tak bermoral. Kita mesti ada rasa ihsan terhadap binatang. Itu ajaran agama. Tidak kira ia omnivor, karnivor atau herbivor (tiga kumpulan ni je kan? Survivor tak termasuk kan?).
Daripada Abu Ya'la Syaddad bin Aus r.a beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :
"Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan atas semua perkara. Jika kamu membunuh, berlaku ihsanlah ketika membunuh dan jika kamu menyembelih, berlaku ihsanlah ketika menyembelih. Kamu hendaklah menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan." 
(riwayat Muslim)
Saat itu aku terkenang si jantan dan si anak. Lantas aku bertanya.
“Ular ni simpan dalam sangkar nanti bagi makan ape?”
“Tengoklah. Biasanya kami bagi ayam. Kadang-kadang daging.”
Aku berfikir.
 “Hai si Batik, kalau kau tahan lapar kejap. Brader-brader ni datang tangkap kau tak de lah kau susah-susah nak cari makan. Dan tak perlulah kau tamatkan riwayat ayam-ayam aku.”
Tapi aku tak boleh salahkan ular sawa itu. Memang itu makanan dia. Sebagaimana firman Allah swt:
“Begitu banyak haiwan yang tidak mampu menghasilkan rezeki mereka sendiri tetapi Allah yang mengurniakan mereka rezeki begitu juga bagaimana Allah mengurniakan kepada kamu”
(al-‘Ankabut: 60)
Dia pun ad diet die juga nak kena makan apa dan pukul berapa. Takkan kita nak paksa dia makan lobak merah kan? Kalaulah ular sawa sekadar makan lobak merah atau sayur kangkung, pasti ramai yang menjadikan ular sawa sebagai haiwan peliharaan. Sudah pasti ini akan mengakibatkan ekonomi penjual ikan hiasan merosot. Kasihan mereka.
Tapi jauh dalam hatiku yang aku tak pasti berapa kilometer jauhnya, aku berharap kejadian ini tidak berulang lagi.
Segalanya selesai. Umi menarik nafas lega. Abah melihat jam kerana sudah lewat ke tempat kerja. Aku merasa lapar tapi bukan kerana cemburu melihat si Batik kekenyangan. Normal lah pagi-pagi lapar kan?
Kepada ayam-ayamku,
Maafkan aku. Aku sudah cuba melakukan apa yang terdaya. Pintu reban itu sudah aku tutup sebaik-baiknya semalam. Bagaimana si Batik masih dapat menyusup masuk aku kurang pasti. Aku berjanji reban itu akan aku selia kembali agar ia menjadi habitat yang lebih baik untuk waris-waris peninggalanmu.
Semoga kita berjumpa lagi di syurga. 
Seperti yang terlakar di dalam al-Quran al-Karim:
“Allah yang menciptakan bagi kamu haiwan ternakan, sebahagian daripada mereka untuk ditunggangi dan sebahagiannya untuk dimakan”
(al-Ghafir: 79)
Sebagai manusia yang memelihara haiwan ternakan atau apa sahaja kategori haiwan yang dipelihara atau tidak kita pelihara sekalipun (in case kucing rumah sebelah atau haiwan liar yang lain), kita haruslah bertanggungjawab sepenuhnya akan kebajikan mereka. Makanan dan kesihatan mereka perlu diselia sebaik mungkin. Tak perlulah over sangat sampai belikan mereka baju Kiki Lala seekor sepasang, membazir namanya. Mereka juga makhluk Allah. Amanah dariNya. Hanya akal yang membezakan diri mereka dan diri kita. Haiwan juga punya perasaan dan sudah pasti mereka kepingin kasih sayang (kalau tak takkan la ayam aku kahwin sampai empat) dan jagaan selayaknya daripada tuan mereka: manusia. Haiwan ternakan itu mampu membawa rahmat dan peringatan kepada kita tentang keagunganNya.
Allah befirman:
“Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami memberi minum kepada kamu daripada apa yang terbit daripada perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (iaitu susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya) bagi orang-orang yang meminumnya”
(al-Nahl: 66)
Peristiwa ini perlu dijadikan pedoman kepada kami sekeluarga. Aku berdoa agar perkara ini tidak berulang lagi. Kehadiran ular sawa ini adalah sebagai amaran dan kematian ayam-ayam itu adalah satu tazkirah. kita berkongsi bumi yang sama mengharap kasih suci al-Khaliq.
 

Wednesday, April 13, 2011

Erti Kebahagiaan



Menyayangi dan disayangi,

Secangkir garapan tinta hati
Sisipan zahir kandungan sanubari
Menabur kasih ungkapan naluri
Menyemai harapan redha Ilahi.

Memberi dan menerima,

Bagaikan neraca ciptaan manusia
Tidakkan seimbang sehalus Tuhannya
Menagih ikhlas menangguk rahmatNya
Melapangkan budi calitan usaha.

Berseorangan dan berteman,

Bagaikan kapal ditengah pelayaran
Merentas badai menempuh taufan
Kadang sang nakhoda disapa ujian
Cukuplah Dia sebagai teman.

Persahabatan dan keakraban,

Hakikat hidup setiap insan
Bertemu berpisah saling bertautan
Umpama pulau di tengah lautan
Arca kesetiaan sebagai pulangan.

Kepasrahan dan kesyukuran,

Mencari sinar makna kebahagiaan
Memupuk limpah cahaya milik Tuhan
Menyembah redha dalam simpulan
Hamburan syukur noktah ketentuan.

 




Farhan Martnong
Mac 28, 2010.

Sunday, April 10, 2011

Ragam Hospital.


KISAH 1

Pak Amirul yang sedang sakit dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Selepas didaftarkan dan menjalani orientasi ward oleh Student Nurse Shatirah, Pak Amirul berehat-rehat di koridor ward.

Pak Amirul duduk berehat sambil melihat pemandangan matahari terbenam yang indah. Tiba-tiba Pak Amirul mencondongkan badannya ke kanan.

Student Nurse Shatirah dengan cekap menyambutnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian sekali lagi Pak Amirul mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Sekali lagi dengan tangkas Student Nurse Shatirah menegakkan badannya kembali.

Begitulah yang terjadi selama beberapa ketika.

Akhirnya dengan bantuan Student Nurse Fikriey, Student Nurse Shatirah memapah Pak Amirul kembali berehat di katilnya.

Keesokan hari, anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan ayah di sini?" tanya anaknya.
" Semuanya bagus nak . Tilamnya empuk, layanannya baik. Doktor dan jururawat pun mesra. Tapi ada satu masalah"

"Masalah apa ayah?"

"Mereka tidak benarkan ayah kentut di sini"
__________________________________________________________________________________
KISAH 2
Seorang lelaki menelefon Hospital Tengku Ampuan Afzan  untuk memberitahu yang isterinya sudah mahu bersalin. Student Nurse Adriana menjawab panggilan telefon lelaki itu dengan ramah dan penuh sopan.

Lelaki     :  Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!

Adriana : Sila bertenang. InsyaAllah kami akan mambantu. Ini anaknya yang pertamakah?

Lelaki     : Apa pulak? Saya suami dia lah.

Adriana : Erh? (saya tanya anak yang dalam kandungan tu la encik).
 ________________________________________________________________________________
KISAH 3
Kejadian ini juga berlaku di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Terdapat tiga orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, Student Nurse Shafareeza menghampiri lelaki yang pertama.

Shafareeza         : Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1                : Wah. Eloklah tu. Saya bekerja di Menara berkembar KLCC.

Kemudian, Student Nurse Shafareeza keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.

Shafareeza         : Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2                : Bagus!! Saya bekerja di TV3 .

Kemudian, Student Nurse Shafareeza keluar dan menghampiri lelaki yang ketiga yang agak gelisah.

Shafareeza         : Encik.. kenapa begitu gelisah? Hospital ini adalah yang terbaik di Pahang.
Suami 3                : Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seksanya isteri saya.
Shafareeza         : Kenapa?
Suami 3                : Saya bekerja dekat tingkat 8 hospital ini.





Saturday, February 19, 2011

Wahai Lelaki



Wahai lelaki,

Wanita punya hati bukan untuk kau lukai
Mereka menagih cinta suci minta dikasihi

Wahai lelaki,

Wanita punya keindahan bukan sekadar perhiasan
Mereka amaran dalam tingkahmu membelai iman

Wahai lelaki,

Wanita punya emosi bukan untuk dimanjakan
Mereka membawa maruah untuk kau pertahankan

Wahai lelaki,

Wanita punya jasad bukan pelempias nafsumu
Mereka aset mulia demi menjaga nasabmu

Wahai lelaki,

Wanita punya tingkah bukan untuk kau takuti
Mereka dilengkapi jiwa selayaknya kau hormati

Wahai lelaki,

Wanita punya hidup bukan untuk disia-sia
Mereka itu lapangan permai bagimu menabur jasa

Wahai lelaki,

Jika engkau penyambung warisan junjungan Baginda
Pimpinlah wanitamu dijalan hasanah mengharap redhaNya





Farhan Martnong
Februari 19, 2011

Sunday, February 13, 2011

Jika Engkau Akui Para Rasul



Jika engkau mengaku para rasul itu teladanmu..

Teladanilah taubat si Adam ikhlas berserah
Teladanilah cucukan jarum Idris dek olokan syaitan
Teladanilah kesungguhan Nuh di saat fatrah
Teladanilah kesabaran Hud menahan ejekan

Jika engkau mengaku para rasul itu teladanmu..

Teladanilah pekerti Saleh penuh hemat
Teladanilah redha Ibrahim menelan dugaan
Teladanilah kesungguhan Lut membasmi maksiat
Teladanilah ketaatan Ismail menjalankan suruhan

Jika engkau mengaku para rasul itu teladanmu..

Teladanilah kasih Ishak terhadap anaknya Ishu
Teladanilah adilnya Yaakub di antara dua bulan
Teladanilah kekentalan Yusuf dipenjara sekian waktu
Teladanilah ketabahan Ayub melayan ujian

Jika engkau mengaku para rasul itu teladanmu..

Teladanilah kehalusan Shuaib perihal neraca
Teladanilah kegagahan Musa mendepani Firaun
Teladanilah kesetiaan Harun menyebarkan ajaranNya
Teladanilah istiqamahnya Zulkifli melakukan amalan

Jika engkau mengaku para rasul itu teladanmu..
Teladanilah keberanian Daud berdepan si Jalut
Teladanilah kepakaran Sulaiman membina wilayah
Teladanilah kesedaran Ilyasa melerai simpul ikatan kusut
Teladanilah perjuangan Ilyas menidakkan si Ba’l berdiri megah

Jika engkau mengaku para rasul itu teladanmu..

Teladanilah keinsafan Yunus di selebung selimut sesalan
Teladanilah ketekadan Zakaria sehingga diri akhirnya terbelah
Teladanilah keyakinan Yahya mengajak manusia kepada Tuhan
Teladanilah kecekalan Isa meneruskan langkah berdepan khinayah
Jika engkau mengaku Rasulullah itu teladanmu..

Sebarkanlah lembaran ajaran sunnah lakunya
Hargailah keringat pengorbanan umur hayatnya
Amalkanlah sisipan pesanan Sahabat baginda
Teladanilah sepenuh hati seikhlas rasa
 
Salam Maulidurrasul 1432H
15 Februari 2011 



Farhan Martnong
Mac 9, 2009

Friday, February 4, 2011

Suka Duka 26 Disember: AFF Suzuki Cup.


6.00 pagi:
Bangun pagi. Semangat kami berkobar2 nak pegi Bukit Jalil. Final boh!! 14 tahun dah tunggu. Kalah menang belakang kira. Yang penting kita kasi gegar Bukit Jalil!!.
p/s: Jarang2 dpt solat subuh sejurus azan berkumandang di subuh hari. Bola oh bola!
6.30 pagi:
Selain pegi posting kat HTAA yang memaksa kami mandi pukul 6.30 pagi dengan tarian ketar2 kesejukan dalam bilik air, hari ini adalah antara hari2 menyaksikan kami turut menunaikan tarian ketar2 tersebut demi menjadi salah seorang manusia yang wangi di awal pagi hari.
7.00 pagi:
Setelah bermake up ala kadar, aku yakni Farhan Martnong beserta Mirul Walala dan Wang Ganu menyusun langkah demi mencari sesuap nasi sebagai breakfast kami di pagi yang mulia itu.
7.50 pagi:
Sistem syura diadakan betul2 depan muka makcik tuan punye gerai tersebut. Agendanya adalah utk memilih hidangan makanan kami pada pagi itu. Kami sebulat suara memilih hidangan nasi dagang sebagai mangsa. Of course, bukanlah kesedapan hidangan itu yang menjadi ukuran tetapi kemurahan harganya berbanding menu2 lain yang menggamit selera kami.
7.30 pagi:
Diskusi meja makan bermula setelah perut diisi yang membolehkan mulut punya kudrat untuk berbicara. Saki baki air milo dlm gelas disedut perlahan2 penuh penghayatan.
7.35 pagi:
Mirul Walala memebelek hensetnya disusuli wajah remzak  tak keruan.
Dan segala2nya bermula.Detik2 remzak  tahap moksya 26 Disember menerpa.
Kami gagal mendapatkan kereta sewa yg dijanjikan ibarat janji James Brooke terhadap kesultanan Brunei; tapi haram.
8.00 pagi:
Bertemankan Nouvo biru kesayangan Wang Ganu yg mana juga disayangi oleh kami yg gemar meminjam, Mirul Walala ditemani Wang Ganu bermusafir ke IMC utk mencari khidmat2 kereta sewa yg available. Aku di bilik menanti penuh sabar sambil layan anime Dragon Ball disamping kerepek semalam.
 8.30 pagi:
Mirul Walala dan Wang Ganu pulang dengan muka yang remzak ibarat pelajar SPM yang bajet dpt 11A tapi fail 4 subjek. Bila aku tanya dapat ke x kete sewa? Mirul Walala menggelengkan kepala.
Suasana ketika itu cukup syahdu dan sunyi (budak2 ni sume tidur lagi).
9.00 pagi:
Setelah melipatgandakan inisiatif kendiri dengan bertanyakan rakan taulan antaranya daripada sahabat kami Cik Tuan Munirah bagi mendapatkan nombor phone sape2 yang sediakan perkhidmatan kete sewa, kami pun mendail secara bergilir2.
(sambil menyaksikan Son Goku dan Pikor menentang abgnya Radeitz dlm siri Dragon Ball Z).
Panggilan 1:
 

- Kete sewa ada lagi x bro?
- Kete? Aku sendiri x ada kete. Nak sewa kat kau?
  (tak ada kete pegi lah beli. Lepas tu biar aku sewa hari2!)
Panggilan 2: 

- Kete sewa ada lagi x bro?
- Ade. Boleh amik pukul 2 ni tapi kene antar pukul 6.
   (Bola start pun pukul 8 apehal kitorang nak antar pukul 6? Pos laju pun x lepas).
Panggilan 3: 

- Kete sewa ada lagi x?
- Tak ada. Saya tak ada kt Kuantan skrg ni. Kalau ada pun. Saya x bagi sewa kat  laki.
   (yeke? Awak ni bazirkan kredit saya kol awak. Ok. Sy delete no awk.sekian)
Panggilan 4: 

- Kete sewa ada lagi x bro?
- Ade. Nak berapa? 

- Sebuah aje. Nak pakai sehari.
- Oo. Tak adalah. Maaf.
   (Apehal kau tanya mcm kete ada sedozen?).
Panggilan 5: 

- ...................
- No yg anda dail tiada dalam perkhidmatan.
  (dah tukar no tu. Buat la advertisement baru! Tak ada printer ke bang??!!)
Panggilan 6: 

- ....................
- Sorry, bro. Kete sewa da abis.
  (eh?? Aku tak sempat bagi salam pun lagi.)
 
Panggilan 7:

- Kete sewa ada lagi x bro?
- Tak ada.
  (punyelah pendek jawapan. Kalo tau aku mesej je dah.)
Panggilan 8: 

- .....................
- Sila tambah nilai untuk panggilan seterusnya.
  
(Ya Allah CELCOM, x ada ke belas ihsan utk aku pagi ni?)

-berikut adalah 8 panggilan terbaik daripada berpuluh2 panggilan yang kami buat. Sekian.
11.00 pagi:
Keadaan semakin meruncing. Matahari semakin tgak berdiri. Harapan kami menatap Stadium Bukit Jalil dan menjadi sebahagian drpd suasana umat yg kacau bilau di dalamnya kian pudar.
Jiwa kacau.
12.00 tgh hari:
Semangat kian pudar ekoran kereta tak dapat2. Kami sedih mengenangkan Fikriey Abdullah yang sudah menanti di Gombak dengan 4 keping tiket Final dlm genggaman. Boleh pulak aku terlelap seketika dan lambaian Bukit Jalil dlm mimpi mengejutkan lenaku.
12.05 tgh hari:
Semangat Wang Ganu sudah terkubur. Nyenyak tidurnya menjadi bukti. Aku masih mengharap sambil memandang Mirul Walala yg memandang hensetnya ibarat memandang kucing (cat-hater edition).
12.08 tgh hari:
Perbualan nekad berlaku.
Martnong : Weh Am, semangak mung pudor x gi? Keinginan nok gi Bukit Jalil ade x lagi?
                    (sambil garu betis)
Walala      : Aku bereh je. Guano kiro pon kito usoho gi jugop.
                     (masih menyaksikan siri Dragon Ball Z).

Martnong : Meh kite gi bogo naik bas. Bereh x? Dang lagi ning.
Walala      : Bereh2.
12.30 tgh hari:
Sambil bergolek2 di tgh2 bilik aku memikirkan sape lah yg bakal jadi mangsa utk hantar kami ke terminal...
Lantas bayangan Pok Nik muncul dlm minda.
Jari jemari pantas mendail nombor Pok Nik, menyesal aku x buat speed dial no dia.
Buang masa betul.
01.00 ptg:
Syukur! Pok Nik sanggup membantu kami. Baru je aku letak tepon, Pok Nik dah muncul depan kami berdua ibarat menggunakan pintu Doraemon utk ke mari. Disaat itu aku terfikir, kalau lah pintu Doraemon benar2 wujud, persetankan kereta sewa!.
Dari IM2, kami berangkat menaruh harapan.
Suasana sunyi IM2 di pagi hari.
01.30 ptg:
Kami tiba di Terminal Makmur. Perasaannya sama terasa seperti nak balik kampung. Bezanya di Bukit Jalil nanti, mak ayah kami tak ada menunggu.
Masih adakah tiket utk kami ke KL? Kegembiraan kami disentap.
Disinilah pengembaraan nekad kami bermula
 2.00 ptg:
Kaunter demi kaunter di usha. Kami seolah2 kanak2 meminta sedekah tp bukan dalam bentuk wang ringgit tapi dalam bentuk tiket “Kuantan-KL”.

Namun hampa.

Hati semakin sayu. Memandang wajah Pok Nik yg kesian melihat kami, hatiku semakin hancur sperti disiat-siat.
2.30 ptg:
Benarlah kata2 Allah dalam surah An Nisa’ ayat 32. “dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Sejenak aku melangkah penuh lemah seperti kanak2 gagal mendapat kebenaran ibu untuk membeli permainan video, seorang pak cik memanggil aku. Pada mulanya aku cukup remzak dgn beliau kerana berteriak betul2 depan telinga aku. Tetapi perasaan itu bertukar menjadi satu nur kegembiraan.
2.31 ptg:
Pak cik itu membawa khabar (sebenarnya membawa pertanyaan) andai kata kami ingin ke KL kerana bas Mara Liner kat bawah terminal yang sudah masuk gear satu nak bertolak masih ada seat kosong.
Kalau aku dah kenal lama pak cik tu, mahu saja aku peluk dia erat2 dan kucup pipinya kiri dan kanan. Tapi aku bimbang makan pelempang.
2.32 ptg:
Sepantas kilat Walala bergegas ke kaunter tiket utk membeli tiket KL-Kuantan (kami x nak bermalam di Bukit Jalil, esok kelas Dr.Laith. Sekian).
Pok Nik tersenyum kepuasan. Aku kurang periksa jika senyumannya itu kerana gembira dengan kami mendapat tiket atau kerana melihat seorang budak kecik yg tak dengar kata maknya jgn main kejar2 jatuh ke lantai betul2 depan aku.
2.33 ptg:
Dahlah kami rushing. Mak cik kaunter tiket tu pulak lambat teramat nak print tiket KL-Kuantan kami. Mak cik ni print tiket ke main chess?!!  Pak cik tu pulak terus mendesak agar kami cepat. Nak saja aku letakkan papan tanda SILA TUNGGU SEBENTAR depan muka pak cik tu, tapi sekali lagi aku risau makan pelempang.
2.34 ptg:
Tiket dah di print tapi !@#$$!!! Mak cik tu salah tiket, nasib baik Walala perasan. Masa semakin suntuk. Pak cik itu hilang sabar. Aku? Semakin berkobar-kobar.
2.40 ptg:
Dalam keadaan remzak moksya terhadap mak cik tu. 3 keping tiket KL-Kuantan utk aku, Walala dan Keri berjaya didapatkan.
2.45 ptg:
Di dalam bas Mara Liner itu aku dan Walala tersenyum puas tambahan pula kt sebelah tu ada amoi boleh tahan lawa tgh tekan2 mp3 beliau. Kami aje penumpang yang naik bas tak bawak ape pn. Orang lain bawak beg besar2 kami bawak beg duit je. Tersemat kemas di poket punggung.
We love Mara Liner ........and its driver!!!
 3.00 ptg:
Kami mendapat mesej selamat jalan drpd Wang Ganu. Dia mendoakan kami selamat dalam ekspedisi nekad kami.
Bas meluncur laju. Hati senang. Nak aje aku salam dgn sume penumpang. Tp kang diorg ingat hari raya, x pasal2 mintak duit raya.

Lama dah aku x buat keje macam ni. Main naik je bas pegi KL ibarat naik bas dr IM2 nak pegi JHC. Kan best kalo pegi obersea pon naik bas. Ni nak kena naik  Air Bus mana aku mampu.
3.15 ptg:
Tidur 15 minit aku terhenti dengan bunyi tepon drpd keri. Alhamdulillah “i-phone” beliau berfungsi. Setelah janji diikat utk bertemu d Bukit Jalil. Aku menyambung tidur mengumpul tenaga utk bersorak mlm ini. 

Kesadisan pagi tadi dilupakan.
4.30 ptg:
Aku dan Walala tiba di Pekeliling. Aku x tau pon tempat tu. Tanpa kehadiran Walala maka kompem lah aku sesat lagi sekali di tanah air sendiri. Kami berjalan sempoi, atau lebih tepat jika aku sifatkan aku hanya mengekori Walala utk menaiki LRT pegi ke Bukit Jalil.
Bahang final makin terasa!!!
5.00 ptg:
Kami tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Suasana meriah ibarat menyambut Aidilfitri.
 5.01 ptg:
Aku dan Walala tiba di Bukit Jalil. Dan saat itu aku perasan satu perkara. Oleh kerana rushing sangat naik bas dicampur dgn isu kereta sewa yg menyakitkan hati, aku  lupa alas kaki yg aku pakai adalah selipar tandas yg sedang menunggu ajal utk putus.
Ini menarik.
Dalam LRT tu pun kami dah bertindih2 mcm kuih lapis inikan pula dalam stadium yg beribu manusia ciptaan Allah berkumpul.

Di saat itu, aku rindukan brader2 pasar malam yg menjual selipar. 
Oh,brader2 yg jual selipar. Korang pegi Bukit jalil x tgk bola??
5.15 ptg:
Isu selipar yg hampir putus bknlah masalah utama jka nak dibandingkan dengan ketiadaan Keri yg x kunjung tiba.  Kami menanti beliau seperti menanti Sr.Rubbya menghabiskan bicara.
Dan penantian itu yg pada mulanya diselimuti sabar mula dirasakan mencabar.
5.25 ptg:
Sementara menanti ketibaan Keri yg x kunjung tiba, kami bersiar2 di perkarangan stadium. Dlm minda aku dipenuhi dua perkataan. SELIPAR dan JERSI. Aku sudah lupa AIR dan NASI sedangkan kami memang lapar.
Kami bersabar.
5.30 ptg:
Seperti sabda nabi S.A.W, "Dan ketahuilah bahwa pertolongan itu beserta kesabaran." Tak kusangka disebalik deretan kedai yg menjual bendera, mafla, jersi, dan sebagainya terselit satu gerai yg membuatkan aku memanjat syukur kpd Allah.
Gerai menjual selipar Crocs!!
Sejak dr CFS lagi aku teringin memiliki selipar crocs sebagaimana Lee Chong Wei menginginkan pingat emas olimpik. Tapi dinafikan dengan harganya yg mahal sama seperti Chong Wei dinafikan Lin Dan yg handal.
Crocs yg indah memikat hati (padahal x ade pilihan lain)
 5.31 ptg:
Walala sgt teruja melihat bendera Malaysia berkibaran. Keterujaan beliau mengakibatkan RM3 dihabiskan untuk membeli bendera tersebut. Sambut merdeka tak ape xde bndera tp tengok bola kene ade bro!!
Kami berpegang teguh dgn kata2 Mokhtar Dahari:
 “If you shame to stand by your color, you should seek another flag” (Mokhtar, kurun ke20) .
Love you Supermokh!!!
p/s: luahan ini tiada unsur gay.
5.32 ptg:
Kelibat Keri masih belum muncul sedangkan manusia makin ramai. Awek2 indon yang lawa lalu lalang menenangkan hati kami. Tp nikmat dunia hanya seketika. Apa guna awek lawa2 kalau tiket nak masuk x de. Tak boleh masuk jugak. 
Kami menenangkan diri dengan bersiar2 di kawasan stadium sambil membelek2 jersi2 Indonesia dan Malaysia yg sama harganya dengan 4 hidangan KFC snack plate.
5.33 ptg:
Melihat orang ramai beli jersi kami pun terasa ingin merasai kenikmatan itu. Seperti kata pepatah, “masuk kandang kambing mengembek, masuk stadium pakai jersi”. Kami pun turut serta membeli jersi Malaysia. Aku memilih t shirt (boleh pakai bawak pegi kelas) sementara Walala membeli jersi yg design nye sama dgn aku, tp roundneck.
Penulis bergaya dgn baju yg baru dibeli. Segar dari mesin jahit.
Keri masih belum muncul. Hati gundah gulana.
6.00 ptg:
Penyokong Malaysia dan Indonesia semakin ramai. Kalau ada sapa2 letak bom kat situ, pasti akhbar 27 Disember menceritakan tentang kematian 60 000 manusia di Bukit Jalil tidak mengenal peringkat umur  dan warna kulit. Namun alhamdulillah tiada apa2 letupan dahsyat yg berlaku tetapi; kami yg rasa nak meletup menanti Keri yg tak kunjung tiba.
6.12 ptg:
Keri masih belum muncul. Sabar.
6.15 ptg;
Keri masih belum muncul. Sabar!
(Tangan digenggam. Kepala pandang atas. Tarik nafas dlm2).
6.20 ptg:
Keri masih belum muncul. Sabar!!
(Tangan digenggam. Kepala pandang atas. Nafas dihembus kuat2).
6.30 ptg:
Keri masih belum muncul. Sedih!!!
(Tangan pegang kepala. Geleng kepala. Mata berkaca-kaca)
6.31 ptg:
Keadaan menjadi makin kelam kabut.  Manusia terlalu ramai hinggakan aku sendiri sukar melangkah. Aku fikir Walala itu sudah cukup tinggi bagi seorang makhluk bergelar manusia ternyata sangkaan aku meleset kerana di ketika itu berlambak2 lagi manusia yg beraneka saiz menjelma. The point is, sedangkan Walala yg besar panjang itu sukar utk aku jejaki inikan pula Keri (no hard feeling bro) yg kecik molek yg mana aku tak tahu pun dia pakai baju apa hari itu.
6.32 ptg:
Perasaan sedih semakin menujah-nujah hati kami. Kalau tak dapat masuk maka sia2lah usaha kami drpd pagi tadi. Di depan stesen LRT tu kami menanti Keri dgn sabar. Menanti dgn perasaan yg cukup bimbang seperti seorang suami menanti isteri pertama bersalin anak pertama.
6.40 ptg:
Hari makin gelap, harapan makin kelam. Oleh kerana Keri mengalami masalah kronik dengan “i-phone” nya. Ditambah pula dgn keramaian melampau himpunan manusia, menyebabkan line CELCOM, MAXIS mahupun DIGI menjadi begitu busy mengalahkan kebusyan seorang guru disiplin membanteras budak2 nakal disekolah.
Namun aku tetap juga mendail nombor Keri berulang2kali walaupun aku tahu usaha itu sia2. Perbuatanku ini seolah2 seorang pelajar yg menduduki peperiksaan Biochemistry sedangkan dia menjawab soalan BM Lanjutan. Maka pastilah paper Biochemistry nya gagal.
6.45 ptg:
Walala sudah remzak. Aku juga begitu. Kami berkongsi rasa remzak  itu dengan terpancarnya sinar keremzakan jelas diwajah kami sbg bukti. Sehinggakan mamat yg menjual jersi berdekatan kami memerhatikan kami seolah2 kami sedang merancang untuk merompak beliau. (jangan risau brader kitorang dah beli jersi utk kitorang).
Berbalik kepada topik asal: Dimana Keri Abdullah?
6.46 ptg:
Disaat itu, ingin saja aku menelefon wakil TV3 untuk menjadi subjek rancangan Jejak Kasih demi mencari Keri yg tak kunjung tiba. Tapi aku sedar, rancangan itu sudah lama digantikan dgn Bersamamu.


Setiap manusia kurus melidi yg lalu pasti aku tatap wajahnya puas2 utk memastikan beliau adalah Keri atau tidak. Kalau jumpa yg mirip dgn wajahnya pun bg ku itu sudah memadai.
Walala pula mencari Keri di satu penjuru yg lain. Kami seolah2 pasangan suami isteri yg mencari anak yg hilang. Tapi nauzubillah. Aku mahukan isteri solehah yg bertudung dan tidak terlalu tinggi drpd aku. Amin. (para pembaca sila aminkan sama. Sekian)
 7.00 ptg:
Lagi satu jam perlwanan akan dimulakan. Sudah ramai yg memasuki stadium. Bingit sorakan menggila mereka kedengaran. Sampai hati korang tak tunggu aku bersorak sama2. Aku pun penyokong Malaysia ok.
Dear Keri,
Disaat ini aku dan Walala sgt memerlukanmu seperti seorang pelajar yg memerlukan pensil 2B utk menjawab soalan MCQ.
Sekian.
7.10 ptg:
Ketika azan maghrib berkumandang. Hati aku semakin sayu seperti mendengar alunan takbir raya. Walala disampingku menggigit2 bendera yg baru d beli tadi. Inilah dikatakan kekecewaan yg menggigit bendera, bukan lagi jari. Kalau menggigit jari nanti putus. Macam mana nak pegi mengundi? Macam mana nak tunaikan kewajipan pada negara? Tak apa. Umur kami belum 21 tahun. Oleh kerana Walala shj yg ada bendera, jadi aku hanya menggigit jari.
7.12 ptg:
Selesai azan, doa ditadahkan. Doaku sedikit panjang kerana aku berdoa agar dipertemukan Keri dgn kami. Pinta ku padaNya. Saat itu, aku sangat merindui Keri. Ya Allah pertemukanlah kami dgn sahabat kami itu.
7.15 ptg:
Sebagaimana janji Allah dalam surah al-Baqarah ayat 45 “Dan, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat".
Biarpun kami tidak solat lagi kerana ingin menunaikan jama’ ta’khir, doa kami dimakbulkan Allah. Berkat kesabaran dan doa kami, dengan izin Allah, terpancar susuk tubuh Keri yg slim dihimpit ratusan peminat bolasepak yg lain. Bertopi hijau dan berbaju ungu.  

Ya, tidak syak lagi! Itulah Keri. The only Keri.
Dear Keri,
Pintaku padamu jangan kau buang baju ungu dan topi hijau mu itu drpd simpanan hidupmu.
Ia begitu bermakna bagiku.
Sekian.
7.20 ptg:
Aku dan Walala bersyukur penuh kegembiraan. Sesungguhnya memang suatu keajaiban utk mencari rakan yg hilang dalam puluhan ribu manusia berhimpit2 seumpama mencari naskhah Harakah di gerai Cendol. 

Allah itu maha kuasa seperti mana kata2Nya dalam surah yaasin “Jika jadi kataNya, maka jadilah”. Nothing impossible.
Kami memeluk Keri penuh kasih sayang (sekadar pelukan kejayaan bukan ciuman ajaran songsang) meraikan pertemuan kami itu. Seperti sudah sekian lama terpisah.
Keri menghulurkan tiket dlm simpanannya kepada kami.


Penulis bergaya dengan tiketnya
yg bakal dikoyak oleh penjaga pintu stadium.
 7.21 ptg:
Aku menatap tiket itu penuh penghayatan. Kegembiraan.  Terharu sambil menggaru2 pipi dek gigitan nyamuk waktu senja. Tiket itu memang menggembirakanku seperti menatap slip keputusan SPM sahabatku dulu. (result SPM aku tak ade gempak mcm result die).
FINAL AFF SUZUKI CUP 2010 – Malaysia VS Indonesia.
Kata2 yg tertulis di tiket itu sungguh indah kurasakan. Sangat ringkas dan penuh bermakna.
Nak masuk rumah perlukan kunci,
nak masuk stadium perlukan tiket.
7.30 ptg:
Setelah tubuh kami diheret perlahan2 oleh arus manusia, kami akhirnya memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil secara rasmi. Kami bertiga  mendapat tempat duduk betul2 di belakang salah satu pintu gol di padang dan betul2 di hadapan pintu masuk di stadium.
Aku gembira bukan kepalang.
Walala gembira pun bukan kepalang.
Keri hanya  menggaru kepala.
7.45 ptg: ke 7.45 mlm?:
Bahang FINAL semakin hangat dirasakan. Melihat anak2 buah K.Rajagobal  yg diketuai Safiq Rahim memanaskan badan menyebabkan panas bengangku terhadap insiden2 dr pg tadi lenyap begitu saja.
Puluhan ribu manusia yg berhimpun di ketika itu menggamatkan stadium. Lagu Negaraku dan Inilah Barisan Kita  didendangkan penuh semangat. Tidak kurang juga yg hanya mampu  miming dgn mimik muka yakin, dek kurang pengetahuan akan susur atur lirik lagu tersebut.
 7.50 mlm:
Perlawanan bakal dimulakan. Brader2 FRU mula memulakan rondaan. Orang datang ke stadium tgk bola. Diorang dtg stadium tgk penonton. 

Sesungguhnya minat manusia itu mmg berbeza.

Bendera dikibar penuh semangat. Baik drpd penyokong Malaysia mahupun Indonesia. Juga bendera Vietnam dikibarkan (aku tak paham kenapa Vietnam masih x boleh terima kekalahan separuh akhir).
8.00 mlm:
Perlawanan dimulakan. Penonton semakin menggila.
Berikut adalah antara beberapa gambar aksi-aksi menarik  perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia.
Mari kita terjah!!!
Pemain masuk ke padang seolah-olah
sedang bersiar2 bersama anak masing-masing.
Pemain Malaysia cukup 11 orang. Tak percaya , kira sendiri.


Pemain Indon cukup 11 orang termasuk yg botak itu.


Pemain kedua-dua pasukan adalah drpd jantina yg sama.
Safiq Rahim membuktikan dia jg mampu berdiri
dgn hanya satu kaki seperti insan yg lain.
Muslim Ahmad memgang bahu pemain Indon
bagi menunjukkan sikap ramahnya.
Pemain Indon meloncat kegirangan
meraikan tarian menarik Norshahrul.
Segelintir penyokong yg tersilap menyangka Final Piala Suzuki
adalah acara sambutan Tahun Baru Cina
Gambar ini bukan diedit. Manusia disini memang benar2 ramai.
Jika bendera ini berharga RM3, pasti kami beli tanpa teragak-agak.
Para penyokong yg membuktikan bahawa
harga bendera Malaysia itu tidak terlalu mahal utk dimiliki semua.
Mirul Walala mendoakan kemenangan Malaysia
dan kesejahteraan hidupnya.
Mirul Walala tersenyum puas setelah selesai berdoa.
Ya. Doanya dimakbulkan.
Merenung masa depan bolasepak Malaysia.
Pandang ke atas. geleng kepala. Gambar blur.
Jika tidak kerana mereka2 ini memakai jersi Malaysia, pasti ada yg
beranggapan mereka sedang menghadiri ceramah "Lets Get Married".
MALAYSIA : Kerana dirimu befitu berharga.
Ini bintik-bintik manusia, bukan bintik-bintik jerawat.
10.00 mlm:
Perlawanan tamat. YA-HA!!!
MALAYSIA mencatatkan kemenagan bergaya 3-0 hasil dua jaringan menarik Safee Sali dan Ashari Shamsuddin. 
Scoreboard ini menjadi saksi.
Bekalan 3-0 yg cukup selesa utk skuad negara bertandang ke Senayan nanti.
(di Senayan Malaysia tewas 1-2 namun Malaysia ditabalkan sebagai Juara ASEAN dgn kemenangan agregat 4-2)


Para pemain meraikan kejayaan.
10.01 mlm:
Para pemain berak berarak seluruh stadium. Para penyokong masih tidak henti2 bersorak penuh kegembiraan.
Tahniah MALAYSIA!!
Tahniah juga kepada para penyokongnya.
Alhamdulillah, tak ada yg meninggal dunia.
10.30 mlm:
Kami masih x berganjak dari stadium. Penyokong Indonesia awal2 lagi dah cabut. Tidak kurang juga yg masih menunggu. Mungkin mereka ingin betul2 menikmati RM30 yg dihabiskan utk tiket mereka.
10.45 mlm:
Kami bergambar sebagai kenang-kenangan.
Walala bersama bendera RM3 miliknya.
Weh, terbalik la weh!
Penulis bergambar kenangan dengan
bendera Malaysia yang dipegang dengan betul.
Divided we fall, united we stand!!!
YA-HA!!!
Semangat jati anak Malaysia!!!
Penulis yg penuh semangat cintakan negara. YA-HA!!!
11.00 mlm:
Kami beransur keluar dr stadium. Sebelum TNB menamatkan khidmat mereka menyinari stadium di malam yg hening itu, ada baiknya kami mengundur diri dulu.
11.15 mlm:
Kira-kira 34 045 org (jumlah sekadar ramalan penulis) manusia yg berhimpun di stesen LRT menunggu peluang menjadi pengguna bijak dgn objektif mengurangkan pencemaran karbon monoksida di sekitar Bukit Jalil akibat penggunaan kenderaan berekzos.
Suasana begitu meriah melainkan beberapa awek Indon yg kelihatan sayu; kecewa kerana Indon kalah atau baru ditinggalkan pacar mereka? Aku kurang pasti.
11.30 mlm:
Kami masih menunggu. Dengan tenang. Lagipun tiket balik pukul 1.00 pagi. Rilek sudeeeh.
12.00 mlm:
Kami (Farhan Martnong, Mirul Walala, Keri Abdullah serta beberapa awek Indon yg murung td) menaiki LRT dgn berhemah.
12.01 mlm:
Biasa kalau naik LRT kami kerap mengamalkan sikap "Budi bahasa amalan kita" seperti nyanyian Siti Nurhaliza dgn memberi tempat duduk kpd warga emas, namun mlm ini tiada warga emas. semuanya lemas. berhimpit-himpit. Tapi kami tetap berdiri.

Kami yg dimaksudkan adalah aku dan Keri.

Kerana Walala menikmati detik indah duduk bersebelahan dgn cewek Indon berpipi merah berjersi merah.

Biarkan mereka Keri. Aku setia bersamamu. (jgn baca dgn nada Gay).
12.15 mlm:
Kami tiba di Pekeliling. Senyuman masih terukir di wajah masing2.
Kami berehat sebentar di gerai sambil memesan minuman kegemaran masing2.
Dan situasi bangang bermula.
12.30 mlm:
Ketika menjalankan slot “cerita kedai kopi” dlm bentuk trio. Walala menyedari sesuatu.
Ada sesuatu yg tak kena ngn tiket Transnasional kami.
Kami baru perasan. Dekat tiket tu terang lagi bersuluh tulis naik kt Bukit Jalil.


Kata-kata yg tertulis di tiket2 ini menyedihkan kami.
 Apehal kitorang tunggu kat Pekeliling. Elok2 da tadi duk Bukit Jalil.
12.32 mlm ke 12.32 tgh mlm?:
Perasaan remzak sekali lagi menujah2 hati kami. Rasa tidak puas hati muncul terhadap makcik jual tiket tadi. Aku sudah tidak pasti, hari itu berapa kali aku remzak. Sekian.
12.35 tgh mlm:
Dah bagitahu awal2 nak naik dkt Pekeliling, di baginya tiket naik kat Bukit Jalil.
Apakah makcik itu berfikir Pekeliling jaraknya 3 meter drpd Bukit Jalil?

Makcik, makcik silap makcik. Kami sedih ni makcik.
Kami pulak elok2 da ade kat Bukit Jalil gatal tangan beli tiket LRT pegi Pekeliling. 
Roda-roda Kuala Lumpur.
12.36 tgh mlm:
Tapi kami tetap cool. Aku mula terbayang bayangan surau atau masjid utk kami tidur malam itu dan pulang esok hari.

12.40 tgh mlm:
Lagi 20 minit bas kami (bas itu sebenarnya milik Transnasional bukan milik kami) akan masuk gear satu dan memusingkan tayar bergerak dari Platform 12 di Bukit Jalil. Di ulangi. Bukit Jalil.
Kami di mana? Pekeliling.
Terbaik!
12.45 tgh mlm:
Di saat itu Walala menelefon saudari Ummu Nasyihin dan Ezza Sharuddin (pakar public trasnport ibukota).
Terima kasih korang angkat panggilan kami tgh2 malam. Duty on call korang sgt di hargai.
12.50 tgh mlm:
Setelah mendengar nasihat, komen, kritikan, pendapat, idea dan luahan dari mereka berdua. Dapatlah disimpulkan kami sudah tersilap.Adakah bas Transnasional itu bakal melalui Pekeliling? Persoalan itu tidak terjawab sehingga hari ini. 

Ia kekal misteri.
Ape2 pun minuman di dalam gelas dihirup penuh nikmat. Bukan percuma hendak dibazirkan sahaja.
12.52 tgh malam:
Sambil mengamanahkan baki air minuman di dalam gelas  kepada Keri, aku dan Walala berjalan kaki ke arah stesen bas Pekeliling itu. Suasana sungguh sunyi dan sedikit menyeramkan.
Tambah menyeramkan apabila kedengaran suara seorang lelaki sedang menyanyi. Rupa2nya pak gad tgh dengar mp3 sambil menyanyi sama kuat-kuat.
Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Cik Ezza Sharuddin dan Encik Rizuwan Salim atas keprihatinan mereka terhadap nasib kami.
p/s: To Rizuwan Salim, time kasih banyak bro sebab sudi offer talian hayat utk kami. Jasamu dikenang.
12.55 tgh mlm:
Tujuan kami adalah untuk mencari nombor talian panas (hotline) syarikat Transnasional.
Bukanlah  tujuan kami untuk menelefon semata-mata bertanyakan khabar operator, ataupun utk membuat panggilan hangit, tapi tujuan kami adalah utk bertanya sama ada bas mereka itu lalu atau tidak di Pekeliling.
Namun hampa.
1.OO pagi:
Selamat pagi Malaysia.
Terbayang dalam benakku, bas Transnasional sedang meluncur laju meninggalkan kami.
1.15 pagi:
Kami tetap bertenang sambil memikirkan seribu satu kemungkinan yg bakal berlaku.
1.20 pagi:
Dan kawan2ku. Sesungguhnya Allah itu Maha Besar. Sudah beberapa kali Dia membantu pengembaraan kami yg penuh liku ini.
Di saat aku dan Walala yg telah buntu. Dan disaat Keri yg telah mengantuk menguap-nguap.
Pertolongan Allah itu tiba.
Benarlah seperti janjiNya dalam surah al-Baqarah ayat 214 “ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (jika kamu bersabar dan teguh dengan agama Allah)”
1.25 pagi:
Di ketika itu, ternampak kami satu lembaga besar.




Lembaga yg muncul menggembirakan kami.
 Ya.
Lembaga itu adalah bas. Plusliner. Namamu indah terpahat di kalbu.
1.30 pagi:
Bas itu kebetulan akan bertolak ke Kuantan. Dan bertolak pukul 1.30 pagi.
Kami dengan lantas membeli tiket bas terbabit.
Sekali lagi mahu saja aku peluk erat2 brader yg jual tiket tu.
Tapi sekali lagi aku risau makan pelempang.


Dear Plusliner :
Time kasih kerana menyediakan tiga helai kertas yg sgt berharga ini.
1.35 pagi:
Bas itu bergerak menuju Kuantan. Kami merasa amat lega dan tersandar tenang. Seat bas die boleh tahan empuk.
Renung2kan lah ayat ini:
“Dan sungguh pasti kami akan memberi cobaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar.”
    
Al-Baqarah : 155.

1.40 pagi:
Setelah melalui hari yg memenatkan dgn pelbagai rintangan. Aku, Walala dan Keri tersenyum puas. Biarpun RM20 kami lesap kepada Transnasional, tapi pengalaman hari itu cukup bermakna bagi kami. (nasib baik Malaysia menang)
1.50 pagi:
Bas meluncur laju. Terima kasih Plusliner, sampai hati kau Transnasional.


WPM 5942 diulangi WPM 5942
Namamu dikenang. Jumpa Lagi di lebuhraya.
1.51 pagi:
Kepenatan mula terasa. Pelbagai rasa turut dirasa. Rasa mengantuk juga turut terasa.
1.59 pagi:
Setelah berbual seketika sebagai post mortem dan tazkirah ringkas utk kami pd waktu itu, kami mula tidur diulit kelajuan bas membelah kota.
2.00 pagi:
ZzzzzzzZZZzzzzZZZzzzzZzzzzzz.
4.10 pagi:
Kami tiba di Terminal Makmur.
Fadzli Shafiee sudah awal2 menanti menyambut ketibaan kami.
Thansk bro!!  We love your car................and you.
Setelah menamatkan hari yang gemilang dan bermakna. Kami akhirnya selamat tiba di IM2 tercinta.




Sekian.

Special thanks to :
Pok Nik. Wang Ganu. Ummu Nasyihin. Tuan Munirah. Ezza Sharuddin. Rizuwan Salim. Fadzli Shafiee.
From us!!


[26 Disember 2010 dalam kenangan]
:: Farhan Martnong :: Mirul Walala :: Keri Abdullah ::