Tuesday, May 4, 2010

Cerpen 3 : Tetamu Di Jendela


“Baiklah, kalau sudah tidak ada apa-apa lagi perkara yang ingin dibangkitkan; saya rasa kita tangguhkan dahulu mesyuarat kali ini dengan bacaan surah al Asr dan tasbih kaffarah.”
Kedengaran suara seorang gadis Terengganu; Fauziah Hanum yang mempengerusikan pertemuan mereka itu mengakhiri tirai diskusi malam itu yang berlanjutan hampir dua jam. Seraya itu ruangan arena itu bergemersik sejenak dengan alunan bacaan ayat suci dan tasbih memuji hadrat Ilahi dalam kalangan ahli yang menghadirkan diri.
Alhamdulillah. Perjumpaan mereka pada malam itu dapatlah juga menampung beberapa agenda tertangguh, dikupas satu persatu dalam persediaan menghadapi program yang akan mereka anjurkan bersama di bawah satu organisasi itu. Malam itu, lima orang muslimah dan 3 muslimin yang menganggotai perjumpaan itu. Sebahagian ahli daripada mahalah Khadijah; Maryam, Sufiah dan Fauziah Hanum sendiri sudah bersiap-siap untuk pulang ke mahalah mereka. Begitu juga dengan jemputan daripada mahalah Zainab al Jahsy; satu lagi mahalah muslimah yang disediakan di lapangan ilmu CFS IIUM, Syakirah dan Rusni berlalu meninggalkan bilik itu menuju mahalah mereka yang terletak agak jauh berbanding ahli-ahli yang lain.
Sekarang yang tinggal, tiga orang muslimin di ruangan itu. Akif dan Zainol masih lagi asyik berbicara, tetapi isu yang dilontarkan kali ini diluar medan perbincangan mereka sebentar tadi. Sementara menunggu Nor Azhar yang sibuk mengemas peralatan komputer riba yang dia gunakan sebentar tadi.
“Korang berdua balik la dulu, tak perlu tunggu aku.”
Azhar bersuara sambil meruntun senyuman manis kearah dua sahabatnya itu.
“Tak pe lah, lagipun mahalah kitorang bukan jauh sangat. Kalo ko balik berlari, kitorang balik merangkak, rasanya kitorang sampai dulu.”
Akif membalas berseloroh sambil menghulurkan tangan membantu Azhar mengemas barang-barangnya sementara Zainol berjalan kesekeliling, mengemaskan segala kerusi dan meja yang mereka gunakan kembali kepada kedudukannya yang asal.
Setelah segalanya selesai, mereka beransur pulang ke mahalah masing-masing. Zainol mengiringi Akif kembali ke mahalah mereka sedangkan Azhar berjalan seorang diri ke mahalahnya yang terletak tidak jauh dari perkarangan masjid.
Rasa keletihan mula menujah-nujah seluruh tubuhnya. Apa tidaknya, dari cerah-cerah pagi lagi dia mengharungi kehidupan seorang pelajar menuntut ilmu di bumi waqafan Allah ini penuh kesungguhan. Sambil menghirup hembusan udara malam yang menyegarkan, akhirnya smapai juga dia ke biliknya yang dikongsi dengan beberapa rakan madrasah yang lainnya.
Pintu diketuk, diiringi salam penuh sopan. Tidak berapa lama selepas itu, kedengaran sahutan salam dari sebelah dalam dan daun pintu itu terkuak memperlihatkan rakan sebiliknya yang memegang sebatang pena sambil mengenakan baju tidur berkain pelikat ringkas.
“Oh,dah balik pun kau, macam mana? Baik-baik semuanya?”
Rakannya itu menyambut kepulangan Azhar sambil mengambil alih pegangan beg sandangnya untuk disimpan. Dia tahu rakannya itu sedang keletihan dan ia jelas terpancar dari balik senyuman lemah Azhar itu.
“Baik-baik saja semuanya Put, maaflah aku lupa nak bawak kunci sebelum keluar tadi.”
“Tak pe, lagipun aku masih tak nak tidur lagi. Kau mesti tak makan lagi kan? Kat atas meja tu ada nasi goreng yang aku sempat belikan tadi.”
Putra membalas menunjukkan bungkusan plastik merah yang tersedia diatas meja. Dia arif benar dengan sikap sahabatnya itu yang kadang-kadang lupa untuk mengisi perut jika asyik menjalankan tugasan harian.
“Wah, terima kasih banyak-banyak. Tau-tau je kau, aku memang ingat nak beli tadi tapi kafe semua dah tutup.”
Azhar menghamburkan ucapan terima kasih penuh syukur dengan tindakan sahabatnya itu. Perut pun sudah lapar. Azhar tidak berlengah lagi mengambil bungkusan itu untuk dinikmati kandungannya. Setelah beberapa kali dia mengajak Putra makan bersamanya tapi dia menolak berkeras dalam senyuman.
Didalam bilik itu hanya tinggal mereka berdua. Kemana rakan-rakan lain menghilang, mereka sendiri pun kurang pasti. Ketika Azhar menjamah hidangan nasi goreng itu penuh kenikmatan, Putra meminta diri untuk ke tandas inign mandi menyegarkan badan.
Kandungan bungkusan itu semakin berkurang, suapan demi suapan berselang seli hamburan syukur padaNya atas kurniaan rezekiNya itu tidak lekang dari mulut Azhar. Ya. Memang dia begitu menikmati santapan malam itu. Tiba-tiba kedengaran jendela berhampiran mejanya diketuk. Azhar memalingkan muka kearah jendela itu, terpandanglah dia seorang lelaki memunculkan diri penuh tanda tanya.
“Maaf ganggu dik, tau tak kat mana bilik Majdi? Presiden mahalah ni.”
“Oh,tau. Dia duk kat bilik 126. Tak jauh, abang tengok nombor bilik pada pintunya.”
Azhar membalas tersekat-sekat kerana mulutnya ketika itu dipenuhi dengan hidangan nasi goreng tadi. Setelah mengucapkan terima kasih, lelaki itu menghilangkan diri sebelum sempat pun Azhar menghabiskan baki makanan di mulutnya. Apabila dia kembali memusingkan diri menghadap baki makanannya, tersentak Azhar apabila Putra tiba-tiba muncul di depannya sambil mengelap kepalanya yang kebasahan dengan sehelai tuala.
“Eh,kau ni. Tiba-tiba je muncul. Tak bagi salam dulu ke?”
“Haha. Kan kau tengah makan. Hm.. Tadi kau cakap ngan sapa?”
Putra tertawa tertahan-tahan melihat gelagat rakannya yang terkejut sehingga hampir-hampir sahaja kacamatanya itu terjatuh kedalam bungkusan makanannya.
“Oh,tadi ada sorang abang tu muncul kat tingkap tu tanya kat mana bilik Majdi.”
“Ha?”
“Kenapa? Itu je die tanya.”
“Azhar…”
“Ya, kenapa?”
“Kita duduk tingkat berapa ni?”
“Tingkat empat, ko ni kenapa? Jatuh dalam bilik air ke tadi?
Azhar pelik dengan reaksi rakannya yang tiba-tiba saja berubah. Sambil menggigit ayam goreng ditangannya Azhar menggerak-gerakkan kepalanya memandang Putra atas ke bawah.
“Kita duduk tingkat empat. Kat luar tingkap tu pulak mana ada koridor. Macam mana orang tu boleh berdiri dekat situ?!”
“Eh…….”
Ayam goreng ditangannya terlepas dari pegangan. Azhar mula menyedari hakikat itu. Tidak mungkin ada insan yang mampu menegurnya melalui tingkap itu. Tidak mungkin lelaki itu mampu terbang!
Kedua-dua mereka terduduk penuh misteri. Saling berpandangan. Segunung persoalan menerpa fikiran mereka. Bagaimana itu boleh terjadi?? Adakah??  Ya Allah, mereka tidak mahu itu benar-benar seperti apa yang mereka fikirkan. Ucapan istighfar dan salam kepada Rasulullah bertalu-talu diulang. Surah al-Ikhlas dan ayat kursi bergilir-gilir dibaca.
Tidak lama selepas itu. Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk. Begitu deras sekali. Minta dibuka dengan segera. Azhar memberanikan diri menghampiri daun pintu lalu memegang tombolnya untuk dibuka. Terdengar suara salam disebelah luar. Tetapi kurang jelas. Putra memerhatikan tindakan Azhar penuh hati-hati sambil mencapai sebatang penyapu. Untuk apa rasionalnya penyapu itu? Dia sendiri pun tidak mengerti.  
Selepas pintu dikuak. Tercacak satu lembaga. Sangat dikenali oleh Azhar. Sangatlah dicam orangnya.
“Eh,korang tengah bersihkan bilik ke?”
Orang itu adalah Majdi. Pertanyaannya tadi merujuk kepada kelakuan Putra yang megah bersama penyapu ditangan. Azhar  menyambut pertanyaan Majdi itu. Terlintas juga fikirannya untuk bertanyakan tentang lelaki ditingkap yang bertanyakan tentang Majdi tadi. Tapi ditahannya dulu.
“Eh, tak. Tak de lah. Putra ni saje je pegang penyapu tu.”
“Kenapa korang berdua lain macam je ni? Macam baru terserempak ngan hantu je.”
Majdi menyambung jawapan Azhar tadi penuh kehairanan kerana melihat gelagat kedua-dua sahabatnya itu yang agak pelik. Mendengar pertanyaan Majdi itu, mereka berdua semakin membisu.
“Tak apalah. Aku datang ni nak ucapkan terima kasih kat korang sebab bagitau abang IP tadi kat mana bilik aku. Dia cakap dia singgah kat bilik korang tadi kat tingkap masa naikkan tangga dari lori tadi.”
“Laaa. Patutlah..”
Azhar dan Putra membalas serentak. Penuh kelegaan.
Majdi kehairanan.
-tamat-  

11 comments:

  1. Your roommate decided to run away, left you behind all alone in your room. Hesitant to disturb your friends, you decided to sleep alone in your room for the night. The next morning at 6 am sharp,you heard the sound of a person knocking 9 times on your door, a pause every 3 knocks, the knocking was in perfect sequence and harmony,it doesnt sound like normal doorknocks.Semi asleep, you were indecisive whether to wake up and check who the person is, or to just stay in bed, out of fear. 5 seconds after all the knocking is done, you overcome your fear, woke up, sauntered across your room, and open the door slowly. There was no one in front of your door. So, just to be sure, you ran till you reach the lobby, which was like 5 seconds from your room. To your relief, there was no ghost in front of your room, and no ghost at the lobby.. So, you questioned, who was it knocking on my door eerily???
    Lets just pray Fajr first, thank goodness some being woke me up for fajr, lest I miss fajr again.

    Hahaha, sajeje... hmm, xtaula nak ltak name sape.. this is a story narrated to me.. dont worry about it, 3 weeks later, we found out, that one of the fellows would casually knock on students' door very2 early in the morning.

    ReplyDelete
  2. watak dalam cerita ni cm nama bbdk mrc je.

    ReplyDelete
  3. btul la 2...mmg tuan punya blog ni nk abadikan nama2 mrc..trharu la org2 mrc..=)

    ReplyDelete
  4. ishyk....mu gune name aku!
    arghh...

    ReplyDelete
  5. haha.. terharu?? menggaru ade la..
    sori azhar, aq karang cerpen ni pn ats prmintaan Putra.. ko tnye die kalo x caya..haha

    ReplyDelete
  6. haha... hebat2.. ko buat aku x berenti gelak.. aku harap ad bnyak lagi crita yang menarik bakal menyusul..
    buat la versi jiwang lak.. kui3...

    ReplyDelete
  7. oit...
    udah2 le tu ngan cter seram sekerat jalan ni nong..
    buat y btul2 plak...
    cter la pngalaman ko kt kubur hr tu..
    tak pun "bnda" y ko jumpe kat asrama dulu tu..
    pastu ko letak la nama mana2 dak mcr eh, mrc neh..
    hak3~

    ReplyDelete
  8. paan2.. sian budak2 ni jadik mgsa.. huhu.. nama sndiri x nak letak plak.. haish :p

    ReplyDelete
  9. weh,matnong... bakpe mu x post cerpen "nilai mentari" yg mu menang tuh??
    p/s : mu rase akue ni sape? hahaha...

    ReplyDelete
  10. wahai kalian sume.. komen2 tu bgtau la sape empunya diri.. ish... beta ingin tahu sape gerangan empunya komen..
    to p/s : "nilai mentari"? hahaha..

    ReplyDelete
  11. wah ramai yg komen..
    nama saya da gak..huhu..
    keep it ups..
    teruskan menulis..citer nie best..
    nak abca yg seterusnya

    ReplyDelete