Showing posts with label Sirah. Show all posts
Showing posts with label Sirah. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

10 Sahabat Dijamin Syurga

Baru-baru ini aku ditanya oleh seorang rakan mengenai 10 orang sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. 

Persoalannya. 

"Bukan semua sahabat Rasulullah itu layak masuk syurga kan? Kenapa 10 orang je yang disebut?"

Jadi dikesempatan ini suka rasanya aku nak berkongsi dengan kawan2 semua berkait dengan persoalan itu.

Memang tak dinafikan, dah nama pun para sahabat; mestilah syurga balasannya. Para sahabat nabi memanglah ramai. ramai diantara mereka yg disebut sendir oleh Rasulullah akan mendapat balasan syurga. Merekalah yang hidup sezaman dengan Rasulullah saw dan merasa susah senang menyebarkan Islam sehingga akhirnya hari ini Islam itu tersebar luas termasuk sampailah kita di Malaysia. Sudah pastilah orang2 seperti mereka, lagi2 yg mendapat nikmat sbg syuhada’ dalam peperangan menegakkan Islam dikurniakan syurga oleh Allah swt.

Tapi, istimewanya 10 sahabat ini adalah kerana apa? Kerana nama2 mereka ini ada disebut secara khusus dalam hadis-hadis yang sahih menceritakan tentang kepastian mereka sebagai ahli syurga.

“Sa’id ibn Zaid berkata bahawa Rasulullah bersabda "10 orang di syurga iaitu Abdullah ibn Uthman (Abu Bakar) di syurga, Umar al-Khattab di syurga, Uthman ibn Affan di syurga, Ali ibn Abi Talib dan Az-Zubair al-Awwam di syurga, Talhah ibn Abdullah di syurga, Abdurrahman ibn Auf di syurga, Abu Ubaidah al-Jarrah di syurga dan Saad bin Abi Waqas di syurga", kemudian beliau (Said ibn Zaid) diam daripada menyebut nama yang kesepuluh. Apabila ditanya dia memberitahu bahawa dirinyalah termasuk didalam 10 nama tersebut.”

Riwayat at-Tirmizi 

Berikut adalah senarai 10 Sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah s.a.w :
 

01. Abu Bakar as-Siddiq ra.

02. Umar al-Khattab ra.

03. Usman Bin Affan ra.

04. Ali ibn Abi Thalib ra.

05. Thalhah ibn Abdullah ra.

06. Zubair al-Awam

07. Sa’ad ibn Abi Waqqas

08. Sa’id ibn Zaid

09. Abdurrahman ibn Auf.

10. Abu Ubaidah al-Jarrah



Ya-Ha!

Saturday, May 1, 2010

Siri 2 : Ada apa pada nama?

Kesinambungan daripada topik yang aku garap semalam mengenai gelaran2 menarik para Sahabat pada zaman kehidupan Rasullulah s.a.w; di sini aku sambung coretanku mengenai 5 orang lagi para Sahabiah Islam pada zaman itu yang mempunyai gelaran yang tidak kurang menariknya untuk dikenang. Mereka yang aku pilih untuk diabadikan di blog ini ialah :

Aisyah binti Abdullah
Saidatina Aisyah binti Abdullah @ Abu Bakar; adalah puteri pertama pasangan Abu Bakar al-Siddiq dan Ummu Ruman binti Amir. Rasulullah menikahi Aisyah pada usia enam tahun; setelah Siti Khadijah meninggal dunia. Aisyah memiliki penampilan  seorang wanita yang berwibawa dan anggun. Kerana itu, Rasulullah memberi gelaran “al-Humaira” (yang kemerah-merahan ) dek wajahnya yang cantik dengan pipi kemerah-merahan. Aisyah juga dikenali sebagai wanita yang cerdas dan pandai sehingga menjadikannya termasuk dalam golongan “al-Muktasirin” (orang yang paling banyak meriwayatkan hadis).  Isteri kesayangan Nabi saw yang wafat pada usia 63 tahun ini telah meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw sebanyak 2210 hadis (kalo silap tolong betulkan) . Dan antaranya, 297 hadis tercatit dalam  Kitab Sahihan dan hadis yang mencapai darjat muttafaq ‘alaih adalah sebanyak 174 hadis.

Fatimah Az Zahraa
Mungkin nama ini tidak perlu lagi diperkenalkan, malah aku yakin semua orang mengetahui tentang kehebatan puteri bongsu Rasulullah ini. Merupakan isteri kepada Ali bin Abu Talib; Fatimah mempunyai berbagai nama gelaran dalam menggambarkan pekerti dirinya. Antaranya ialah  “as Sidiqah” (wanita terpercaya) berikutan sikap amanahnya yang tinggi, “at Thahirah” (wanita suci) juga menggambarkan budi pekertinya yang terhalang dari melakukan perbuatan maksiah, “al-Mubarakah” (yang diberkahi) dan yang paling popular adalah gelaran daripada Nabi s.a.w sendiri, iaitu “Ummu Abihi” (ibu kepada bapanya) merujuk kepada sikap penyayang Fatimah yang senantiasa menjaga kebajikan Rasulullah terutamanya terpapar ketika beliau menangis membersihkan luka Rasulullah akibat perbuatan rakyat Thaif.
Barkah binti Sa’alabah
Merupakan tokoh Islam yang sangat2 penting dan amat disayangi Nabi saw. Apa tidaknya, beliau ibarat ibu kandungnya selepas pemergian ibu kandung baginda, Aminah binti Wahab. Dijamin oleh  Rasulullah sebagai wanita syurga; Barkah binti Sa’alabah diberi gelaran “Ummi Ba’ada Ummi” (Ibuku selepas ibuku) oleh baginda Nabi saw berikutan sikap kasih dan sayang beliau kepadanya dalam membesarkan Rasulullah. Beliau lebih dikenali dengan nama “Ummu Aiman” (ibu kepada Aiman) oleh para Sahabat; juga oleh kita pada hari ini, berkait dengan anaknya Aiman bin ‘Ubayd yang berperanan melakar sejarah hidupnya tersendiri bersama baginda Rsulullah s.a.w, turut berhijrah, berperang sehinggalah ia syahid pada Perang Hunain. Kerana itulah nama Ummu Aiman dan Aiman dikenali dan disanjung sebagai anak-beranak kesayangan Rasulullah dalam siri perjuangan Islam yang kita ceritakan hari ini.
Asma’ binti Abdullah
Salah seorang watak penting dalam sinopsis peristiwa Hijrah yang kita kenang2 hari ini. Lebih dikenali dengan nama Asma’ binti Abu Bakar al-Siddiq. Apa yang menarik mengenai Asma’ binti Abdullah ini yang ingin aku kongsikan adalah gelarannya yang diberikan Rasulullah iaitu “Zatin Nithaqain” (wanita yang memiliki dua tali pinggang) berikutan peristiwa ketika ingin menghantar makanan dan minuman kepada Rasulullah dan bapanya, (ketika misi hijrah ke Yathrib) Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikat bungkusan makanan dan minuman itu, lalu tali pinggang di pinggangannya di cabut dan dipotong kepada dua untuk mengikat bungkusan2 tersebut. Apabila baginda Nabi saw mengetahui akan cerita itu, baginda berdoa kepada Allah agar Asma’ digantikan dengan tali pinggang yang lebih baik dan indah di syurga nanti.
Nusaibah Binti Ka'ab Al-Anshari
Namanya menghiasi hikayat peperangan penting dalam Islam seperti Perang Hunain, Perang Yammamah dan Perang Uhud. Wirawati Ansar ini juga terlibat dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyah dan Bai’ah Aqabah. Beliau digelar “Dar’u Rasulullah” (sang perisai Rasulullah) berikutan daripada peristiwa Uhud, Nusaibah dengan gagah berada di sisi Rasulullah, melindungi beliau. Waktu itu kebetulan pasukan kaum muslimin banyak yang lalai dan mengejar ghanimah. Nusaibah tetap lincah bergerak ke sana ke mari bersama puteranya Abdullah dan Habib. Bagi para sahabat dan Rasulullah sendiri, Nusaibah lebih dikenali dengan panggilan “Ummu Ammara” (wanita yang teguh imannya) berdasarkan kecekalan Iman beliau terhadap Islam. Beliau juga menerima khabar gembira daripada Rasulullah yang member  jaminan kepada keluarganya menjadi tetangga Rasulullah di syurga kelak.



Begitulah antara gelaran yang dimiliki oleh  5 tokoh Sahabiah yang dapat aku coretkan untuk dikongsi bersama. Seorang isteri yang taat, anak yang solehah, ibu yang penyayang, dan wirawati yang berani pada zaman Rasulullah s.a.w.

Mungkin kita semua tak mampu untuk mendapat gelaran2 terpuji seperti mereka, tetapi sementara kita hidup ini; sebelum kita menyambut panggilan Ilahi, sama2lah kita mencuba memainkan perwatakan yang seiring dianjurkan dalam Islam(pesanan untuk diriku sendiri yang lagha nih..hahaha) semoga kita tidak meninggalkan dunia ini dengan gelaran yang tidak baik kepada orang yang masih hidup.


Amiin Ya Rabbal 'Alamin…

Friday, April 30, 2010

Siri 1 : Ada apa pada nama?

Semalam aku ada bersembang dengan seorang rakan, memang senang bersembang dengannya kerana jarang aku rasakan kandungan perbualan kami itu hanyalah sekadar bualan kosong. Hmm, kalau bualan kosong sekalipun bukankah angka 0 itu lebih bernilai daripada -1?

Sedang kami bersembang dalam selaan nafas lontaran pendapat masing-masing mengenai beberapa perkara, rakan yang aku maksudkan aku ini tiba-tiba mengajukan satu persoalan.

“does a person's name effect their personality?”

Seperti biasa setiap soalan biasanya aku balas dengan jawapan mengikut versi perspektif pendapat fikiranku (kadang2 ada jugak fakta betul punye). Tapi apabila aku imbau kembali soalan yang diajukan itu, sejenak aku terfikir persoalan itu tidak kurang menariknya untuk dibicarakan. Sesetengah orang merasakan nama yang diberi oleh ibubapa mereka sebagai satu amanah. Sesetengah orang pula hanya menganggap perkataan yang tertera pada MyKad or MyKid mereka itu sekadar pengenalan diri. Tak lebih daripada itu? Berbalik kepada soalan yang diajukan rakan aku tadi :

Adakah nama seseorang itu sudah cukup untuk menggambarkan perwatakan bawaan seseorang itu?

Dan jika digandingkan dengan persoalan ini…

Adakah kita mampu menjadi watak seperti perwatakan yang tersirat di sebalik nama kita itu?

Pelbagai pendapat yang dapat kita kompilasikan mengikut kacamata masing-masing. Tapi pendapat yang aku fikir sangat relevan; biasanya nama pemberian ibubapa jarang berpadanan dengan perwatakan seseorang, (kadang-kadang ada jugak) tapi kebiasaannya nama gelaran/nickname seseorang itu daripada orang lain lebih menepati gambaran kriteria individu terbabit. Tapi apa yang pasti isu nama samaran ataupun nickname ini bukan lagi suatu perkara yang baru. Malah sudah berdekad.

Jika disingkap sejarah dizaman Rasulullah s.a.w, dalam kalangan Sahabat juga mempunyai nama gelaran yang menarik menggambarkan sikap masing-masing. Disini aku lampirkan beberapa gelaran menarik para sahabat beserta peristiwa disebalik gelaran itu. Antaranya :



Abdullah Bin Uthman
Mungkin tak ramai yang tahu nama ini, tapi sebut sahaja Abu Bakar al-Siddiq baru ramai yang cakap, “Ooo, Abu Bakar.” Menyingkap sejarah hidup Abdullah bin Uthman, dahulu ibu beliau sudah beberapa kali melahirkan anak lelaki yang akhirnya meninggal dunia, jadi si ibu ini bernazar jika sekali lagi dikurniakan anak lelaki yang sihat maka akan dia didik anak itu menjadi hamba kepada kaabah maka dari situlah beliau digelar “Abdul Kaabah” dan apabila meningkat dewasa digelar “Abdul Atiq” (hamba umah purba iaitu nama lain Kaabah). Tapi selepas pengislaman, beliau terkenal dengan nama “Abu Bakar” (bapa dini/Awal) memandangkan beliau merupakan pelopor utama dalam perjuangan Islam. Dan gelaran “al-Siddiq” semua orang sedia maklum la kan berkait sifat beliau yang sentiasa membenarkan setiap kata-kata Rasulullah.

Umar bin Al-Khattab
Satu nama yang sangat2 dihormati dan digeruni baik dalam kalangan orang2 Arab mahupun syaitan sekalipun. Sebelum memeluk Islam, orang2 Quraisy menggelarkannya “al-A’zim” (yang besar/agung) kerana kegagahan dan kehormatan yang dimiliknya. Merupakan pengganti Abu Bakar dalam barisan Khulafa’ Ar-Rasyidin. Salah seorang sahabat yang begitu versatile sekali. Sama ada sebagai sahabat, panglima perang mahupun pemimpin Negara. Saat2 pemerintahannya dikenali sebagai zaman keemasan umat Islam di mana beliau telah berjaya meluaskan empayar Islam dengan menakluki Mesir ,Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia. Beliau juga memperkenalkan sistem perundangan yang tersusun dan tegas sehingga mendapat jolokan “al-Faruq” (pemisah antara hak dan batil) ekoran kesungguhannya menjalankan tugasan khalifah.

Jaafar Bin Abu Talib
Rata-rata orang pasti mengenali nama pendakwah ajaran Islam ini kan? Nama Jaafar bin Abu Talib adalah nama yang kita kenang dan juga merupakan nama asal beliau. Namun pada zaman Rasululullah, Jaafar lebih dikenali dengan nama “Abul Masakin” (bapa orang-morang miskin) berikutan sikapnya baiknya terhadap jiran tertangga dan orang-orang miskin dengan selalu mengajak mereka makan bersama-sama beliau. Allah swt juga memberikan gelaran khas kepada si Jaafar ini iaitu “At-Tayyar” (yang terbang melayang) berikutan kehebatannya memimpin umat Islam dalam Perang Mu’tah sehingga syahid. Kepahlawanan beliau amat mengagumkan dengan gagah memegang panji Islam di atas kuda tunggangannya sehingga menampakkan dirinya seolah sedang terbang membelah ribuan tentera Hercules.

Abdul Rahman bin Sakhr Al-Azdi
Salah seorang perawi hadis yang tersohor namanya hingga masa kini. Namanya sering dikaitkan dengan hikayat Hadis, Sirah dan Feqah. Namun nama yang tercatat dalam buku-buku itu biasanya dinukilkan dengan nama “Abu Hurairah” (bapa kucing). Pada mulanya Abdul Rahman bin SAkhr Al Adzi ini di saat kelahirannya dinamakan “Abdu Syamms” (hamba matahari) sebelum pengislamannya kerana ibunya adalah antara muslimah yang keras hati menolak Islam sehinggakan Abdul Rahman menangis memohon Rasululullah berdoa untuk ibunya menerima hidayah. Gelaran Abu Hurairah lahir kerana sikap Abdul Rahman yang sangat cintakan haiwan terutamanya kucing. Beliau juga memelihara seekor kucing dan sering diletakkan didaalam kain lenagn bajunya sehingga sering kali diusik Rasulullah.

Khalid bin Al Walid
Namanya harum meniti bibir sejarawan bukan sahaja umat Islam malah penganut agama-agama lain. Salah seorang komander Islam yang terhebat; melalui 100 pertarungan hebat tanpa dapat dikalahkan. Sebelum memeluk Islam, Khalid merupak panglima taktikal perang tentera kafir Quraisy. Sehinggakan kebijaksanaanya dalam perang menyukarkan umat Islam. Namanya pasti disebut2 dalam setiap peperangan sama ada kejayaan kafir di Uhud atau kemenangan luar jangkaan Islam di Mu’tah. Semuanya kerana ketajaman akal beliau. Sehingga Allah swt memberi gelaran “Saifullah al-Maslul” (pedang Allah yang terhunus) kepadanya. Berikutan kebijaksanaannya dalam menyusun strategi perang terutama dalam peperangan Mu’tah ketika 3000 tentera Islam berdepan 200 000 tentera Parsi pimpinan Hercules. Hmm..kalau nak diceritakan strategi peperangannya ketika itu memang sangat2 mengagumkan.

Begitulah cerita gelaran2 unik 5 orang Sahabat yang aku pilih; seorang sahabat karib, khalifah agung, pendakwah awal Islam, ilmuwan terkenal dan juga komander perang tersohor. Dan ramai lagi para Sahabat dalam sejarah Islam bersama dengan gelaran unik mereka.


-akan datang!! : Kisah 5 orang Sahabat daripada kaum wanita pula akan aku coretkan…